Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam28/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027

MERCEDES-Benz terus membangkitkan keterujaan apabila mendedahkan foto dan video acah terbaharu G-Class Cabriolet 2027, yang kali ini menampilkan versi AMG G63 dengan bumbung fabrik boleh buka penuh.

Model tersebut dijangka menjadi antara pelancaran paling menarik jenama Jerman itu apabila memasuki fasa pengeluaran dalam masa terdekat ini.

Apa paling mencuri perhatian ialah model itu bakal menjadi G-Class Cabriolet pengeluaran pertama ditawarkan dalam konfigurasi 4-pintu.

Sebelum ini, semua G-Class bumbung lembut (soft-top) berasaskan casis W460, W461 dan W463 hanya ditawarkan dalam versi 2-pintu, kecuali model ultra eksklusif Mercedes-Maybach G650 Landaulet yang dihasilkan 99 unit sahaja.

Rekabentuk Baharu Lebih Praktikal

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027

Berdasarkan video dan imej acah dikongsi Mercedes-Benz, bumbung fabrik baharu itu memanjang sehingga depan kabin, berbeza G650 Landaulet yang hanya melindungi ruang penumpang belakang.

Ia turut dilengkapi bahagian kepala lebih besar, sekali gus memberi bayangan mekanisme buka-tutup bumbung mungkin beroperasi automatik sepenuhnya.

Dengan bumbung dibuka, kelihatan satu palang silang (crossmember) besar di belakang kerusi bagi meningkatkan ketegaran struktur badan dan melindungi penumpang jika berlaku kemalangan atau kenderaan terbalik.

Walaupun sedikit menjejaskan pengalaman pemanduan terbuka, komponen itu penting bagi memenuhi piawaian keselamatan moden.

Masih Kekalkan Identiti G-Class

Mercedes-Benz turut melakukan beberapa penambahbaikan bahagian belakang. Tayar simpanan masih dipasang pada pintu but belakang, tetapi kini menggunakan lengan ayun (swing arm) khas yang membolehkan ia digerakkan berasingan.

Pintu but juga masih mengekalkan bukaan sisi seperti G-Class standard, dan tidak lagi menggunakan rekabentuk pintu lipat ke bawah seperti model Cabriolet terdahulu.

Lampu brek ketiga kini dipasang terus pada tayar simpanan untuk penampilan lebih kemas berbanding rekabentuk lama.

Dijangka Guna Enjin Sama Seperti G-Class Standard

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027

Dari sudut mekanikal, Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 dijangka berkongsi trenkuasa sama seperti model bumbung keras (hardtop) sedia ada seperti:

  • Enjin petrolG500 – 6-silinder sebaris 3.0L turbo hibrid ringan (MHEV) berkuasa  449ps, dan tork 560Nm untuk varian
  • Enjin diesel G450d – berkuasa 367ps dan tork 750Nm
  • Enjin petrol AMG G63 – 4.0L V8 biturbo berkuasa 585ps dan tork 850Nm

Mercedes-Benz turut menawarkan G580 with EQ Technology berkuasa elektrik penuh dengan empat motor elektrik yang menghasilkan output kuasa 587ps dan tork 1,165Nm.

Namun, varian elektrik itu dilihat kurang sesuai untuk versi Cabriolet kerana rekabentuk bumbung lembut dijangka memberi kesan kepada kecekapan aerodinamik dan seterusnya mengurangkan jarak pemanduan.

Setakat ini, Mercedes-Benz masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi atau harga G-Class Cabriolet 2027, tetapi berdasarkan perkembangan semasa, model berkenaan dijangka membuat kemunculan penuh sebelum penghujung tahun ini atau awal 2027.

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
AMG G63 Foto Acah G-Class Cabriolet 2027 G-Class Standard Mercedes-benz Mercedes-Maybach G650 Landaulet Roda4 Teaser Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 turbo mild hybrid Video Acah
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.