Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam28/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mercedes-AMG A45 S Final Edition

MERCEDES-AMG secara rasmi memperkenalkan Mercedes-AMG A45 S Final Edition, menandakan penutup tirai kepada salah satu hot hatch paling berkuasa dalam sejarah jenama itu.

Model edisi khas tersebut hadir kira-kira tujuh tahun selepas generasi W177 diperkenalkan, termasuk versi kemas kini (facelift) yang diterima pada 2022.

Lebih menarik, Final Edition itu juga antara model terakhir menggunakan trenkuasa ikonik M139 2.0L Turbo, iaitu enjin pengeluaran 4-silinder paling berkuasa dunia yang menghasilkan output 421ps dan tork 500Nm.

Prestasi Kekal Sama

Mercedes-AMG A45 S Final Edition

Dari sudut mekanikal, Mercedes-AMG tidak melakukan sebarang perubahan terhadap trenkuasa. A45 S Final Edition masih menggunakan enjin 2.0L Turbo M139 yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) AMG Speedshift 8-kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) AMG Performance 4MATIC+.

Gabungan itu membolehkan hot hatch tersebut memecut 0 – 100kmj sepantas hanya 3.9 saat, manakala kelajuan maksimum kekal pada 270kmj, sekali gus mengekalkan reputasi sebagai antara hatchback prestasi tinggi di pasaran.

Kemasan Eksklusif dengan Sentuhan Aksen Kuning

Mercedes-AMG A45 S Final Edition

Sebagai model edisi penamat, Mercedes-AMG memberikan beberapa sentuhan eksklusif bagi membezakan Final Edition dan A45 S standard.

Pembeli boleh memilih kemasan MANUFAKTUR Mountain Grey Magno atau Jet Black, dipadankan pelbagai aksen kuning pada cermin sisi, grafik badan dan kemasan luaran.

Model ini turut dipasang rim tempa AMG 19 inci hitam kusam dengan hab tengah khas AMG kuning, kaliper brek hitam kilat dengan logo AMG putih, selain pelekat ’45 S’ bersaiz besar sebagai pilihan.

Pelanggan juga boleh memilih AMG Aerodynamics Package untuk tambahan spliter depan lebih agresif, spoiler bumbung, elemen aerodinamik belakang dan difuser hitam kilat bagi meningkatkan penampilan sporty.

Kabin Lebih Sporty, Pengganti Dijangka Tiba 2028

Mercedes-AMG A45 S Final Edition

Ruang kabin meneruskan tema kuning menerusi tempat duduk gabungan Artico dan Microcut, sulaman logo ’45S’ pada perehat kepala dan plak khas ‘45 S Final Edition‘ di konsol tengah.

Turut melengkapkan pakej ialah stereng AMG Performance dibalut kulit Nappa dan Microcut, kemasan aluminium corak AMG, sil pintu bercahaya logo AMG dan karpet khas dengan sulaman kuning.

Di Britain, Mercedes-AMG A45 S Final Edition ditawarkan pada harga bermula £67,965 (RM369,160).

Menurut laporan, pengganti kepada A45 S hanya dijangka diperkenalkan sekitar 2028, manakala peranan model prestasi kompak AMG selepas ini akan diserahkan kepada Mercedes-AMG CLA 45 elektrik, yang dilaporkan bakal menghasilkan output kuasa hingga 680ps menerusi konfigurasi tiga motor elektrik.

Bagi pasaran Malaysia, Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ Limited Edition pernah dilancarkan pada Ogos 2024 dengan harga RM558,888, terhad 10 unit sahaja.

Tahun lalu (2025) pula menyaksikan pelancaran Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ Final Edition pada harga RM538,888, menandakan penghujung era satu lagi model prestasi kompak AMG berenjin pembakaran dalaman (ICE).

Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
AMG Performance 4MATIC+ AMG Speedshift 8-kelajuan hot-hatch Mercedes-AMG Mercedes-AMG A45 S Final Edition Roda4
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.