Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PHEV»OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

SyafieBy Syafie27/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

OMODA C7 PHEV

OMODA | JAECOO Malaysia sekali lagi memberi bayangan OMODA C7 PHEV bakal dilancarkan dalam masa terdekat selepas previu kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu di Malaysia.

Model ini dijangka menjadi pesaing baharu dalam pasaran SUV hibrid plug-in (PHEV) tempatan dengan mengetengahkan gabungan prestasi, kecekapan bahan api dan rekabentuk moden.

Ini bukan kemunculan pertama OMODA C7 di Malaysia kerana pernah ditayangkan di Malaysia Autoshow (MAS) 2025, tetapi dalam versi enjin pembakaran dalaman (ICE).

Versi PHEV yang ditayangkan kali ini memberi gambaran lebih jelas mengenai hala tuju OMODA untuk meluaskan tawaran elektrifikasi di Malaysia.

Rekabentuk Futuristik, Saiz Antara O5 dan OMODA C9

OMODA C7 PHEV

Dari segi dimensi, OMODA C7 berkongsi platform dengan JAECOO J7, sekali gus menjadikan kedua-duanya sebagai model ‘adik-beradik’ dari sudut kejuruteraan. Dimensi pula antara Chery O5 dan OMODA C9.

OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV

Bahagian luaran menampilkan identiti lebih futuristik menerusi gril depan bercorak berlubang (perforated grille), lampu utama LED tirus dan lampu belakang LED penuh dengan grafik tema kilat (thunderbolt).

OMODA C7 PHEV

Melengkapkan penampilan ialah rim aloi dwi-tona 20 inci dengan kaliper brek merah yang memberi imej lebih sporty.

Kabin Moden – Skrin 15.6 Inci Boleh Geser

OMODA C7 PHEV

Walaupun spesifikasi rasmi pasaran Malaysia masih belum diumumkan, model ditayangkan itu dilengkapi unit infotainmen skrin sentuh 15.6 inci boleh geser ke arah penumpang depan, antara ciri unik yang jarang ditawarkan dalam segmen tersebut.

Pemandu menerima paparan kluster instrumen digital bentuk memanjang (letterbox), sekali gus mengekalkan konsep kabin minimalis dan teknologi tinggi.

Dijangka Guna Sistem SHS PHEV 360hp

OMODA C7 PHEV

OMODA | JAECOO Malaysia masih belum mendedahkan spesifikasi mekanikal rasmi, tetapi OMODA C7 PHEV dijangka menggunakan sistem Super Hybrid System (SHS), sama seperti JAECOO J7 PHEV.

Gabungan enjin 4-silinder 1.5L Turbo, motor elektrik dan transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT), dijangka menghasilkan output kuasa 360hp dan tork 530Nm.

Sistem itu dipadankan bateri bilah (blade battery) BYD 18.3kWj jenis bateri-litium-fosfat (LFP) yang menawarkan jarak pemanduan elektrik hingga 95km, manakala jarak perjalanan keseluruhan dianggarkan mencecah 1,250km dengan tangki bahan api penuh.

Bagi pengecasan, walaupun belum disahkan untuk pasaran Malaysia, model itu dijangka menyokong pengecasan standard (AC) 6.6kW dan pantas (DC) pantas 40kW, yang membolehkan kapasiti bateri dicas 30 – 80 peratus dalam masa 20 minit.

Berapa Harga di Malaysia?

OMODA C7 PHEV

Setakat ini, OMODA | JAECOO Malaysia masih belum mengumumkan harga rasmi OMODA C7 PHEV.

Sebagai rujukan, model itu sudah dilancarkan di Afrika Selatan pada harga bermula 689,900 rand (RM168,620) mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.

Di Malaysia pula, JAECOO J7 PHEV kini dijual pada harga RM158,800, dan OMODA C7 PHEV dijangka berada dalam lingkungan harga hampir sama.

Jika OMODA mahu meletakkan model ini sebagai pilihan lebih kompetitif dalam segmen SUV PHEV, harga sekitar RM155,000 hingga RM165,000 dilihat sebagai anggaran paling munasabah. Bagaimanapun, angka tersebut masih bersifat spekulasi sehingga pengumuman rasmi dibuat.

Ringkasan Spesifikasi (Jangkaan)

  • Enjin 1.5L Turbo dengan motor elektrik (SHS PHEV)
  • Output kuasa gabungan 360hp, dan tork 530Nm
  • Bateri Blade Battery BYD (LFP) 18.3kWj
  • Jarak EV 95km
  • Jarak keseluruhan 1,250km
  • Unit infotainmen skrin sentuh 15.6 inci boleh geser
  • Rim aloi 20 inci
  • Pengecasan AC 6.6kW
  • Pengecasan DC 40kW
  • Pengecasan DC 30 – 80 peratus mengambil masa 20 minit

Dengan kombinasi rekabentuk moden, teknologi Super Hybrid System (SHS) dan jarak perjalanan panjang, OMODA C7 PHEV dijangka menjadi antara model paling menarik dalam segmen SUV PHEV apabila dilancarkan secara rasmi di Malaysia nanti.

Jika harga benar-benar berada sekitar RM160,000, ia bakal memberi saingan sengit kepada model seperti BYD Sealion 6 DM-i dan JAECOO J7 PHEV.

OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
OMODA C7 PHEV
Auto Terkini elektrifikasi Hibrid Plug-In (PHEV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Omoda | Jaecoo Malaysia Omoda C7 PHEV Roda4
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.