Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»#F12026: Lando Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 Di Hungary
Sukan Permotoran

#F12026: Lando Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 Di Hungary

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam27/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUMBA pasukan Formula Satu (F1) McLaren Mastercard, Lando Norris akhirnya membuka tirai kemenangan musim 2026 apabila muncul juara Grand Prix (GP) Hungary selepas perlumbaan penuh drama di Litar Hungaroring, sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukan itu musim ini.

Pelumba Britain itu menamatkan perlumbaan di hadapan Max Verstappen (Oracle Red Bull Racing Ford) dan rookie Mercedes-AMG Petronas, Kimi Antonelli, selepas rakan sepasukannya, Oscar Piastri, yang mendahului sebahagian besar perlumbaan terpaksa menarik diri akibat masalah kotak gear.

Strategi McLaren Berhasil, Nasib Tidak Menyebelahi Piastri

Perlumbaan bermula dengan Norris dari petak utama, namun Piastri berjaya memintas di Selekoh 2 sebaik perlumbaan bermula sebelum menguasai perlumbaan pada separuh pertama. Norris beberapa kali meminta pasukan membenarkannya memintas, namun McLaren memilih mengekalkan kedudukan kedua-dua pelumba.

Situasi berubah selepas hentian pit kedua apabila Piastri tersangkut di belakang Carlos Sainz dari pasukan Atlassian Williams sebelum berlaku sentuhan dengan jentera Sainz itu. Insiden tersebut menyebabkan Norris memperoleh kelebihan besar menerusi rentak yang lebih pantas di trek kosong, sebelum Piastri akhirnya terpaksa bersara akibat masalah kotak gear ketika berbaki kira-kira 15 pusingan.

Verstappen, Antonelli Lengkapkan Podium

Kehadiran Virtual Safety Car (VSC) susulan persaraan Piastri membuka peluang kepada Verstappen dan Antonelli untuk mengekalkan kedudukan masing-masing selepas memilih tidak memasuki pit, sekali gus menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.

Scuderia Ferrari HP pula terlepas peluang menaiki podium apabila Lewis Hamilton dikenakan penalti lima saat kerana memandu melebihi had laju di laluan pit. Walaupun melintasi garisan penamat di hadapan Antonelli, penalti itu menyaksikan Hamilton jatuh ke tangga kelima, manakala Charles Leclerc dinaikkan ke kedudukan keempat.

Racing Bulls Cemerlang, Aston Martin Tunjuk Peningkatan

Isack Hadjar (Oracle Red Bull Racing Ford) menamatkan perlumbaan di tempat keenam, diikuti George Russell (Mercedes-AMG Petronas) yang bangkit daripada permulaan hambar selepas sistem anti-stall menyebabkan beliau tercicir sehingga kedudukan ke-21 pada awal perlumbaan sebelum menamatkan saingan di tempat ketujuh.

Visa CashApp Racing Bulls turut mencuri perhatian apabila Liam Lawson dan Arvid Lindblad masing-masing meraih mata di tempat kelapan dan ke-10, manakala Nico Hulkenberg membawa Audi Revolut ke tangga kesembilan. Aston Martin Aramco Honda pula mempamerkan prestasi paling kompetitif musim ini apabila Lance Stroll dan Fernando Alonso menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 dan ke-14 menggunakan pakej naik taraf baharu.

Selain Piastri, dua lagi pelumba gagal menamatkan perlumbaan iaitu Valtteri Bottas (Cadillac Racing) akibat masalah brek terlalu panas serta Sergio Perez yang mengalami kerosakan pada bahagian hadapan kiri jentera.

Menurut Norris, kemenangan itu hadir hasil strategi yang tidak dijangka tetapi disokong oleh prestasi jentera McLaren yang amat kompetitif sepanjang perlumbaan.

“Saya memberikan segala-galanya untuk mengejar Oscar. Rentak hari ini mungkin antara yang terbaik pernah saya tampilkan. Kereta sangat sedap dipandu dan saya begitu yakin. Strategi memanjangkan tempoh penggunaan tayar akhirnya menjadi kunci kemenangan.”

Formula 1 kini memasuki cuti musim panas sebelum kembali bersambung menerusi Grand Prix Belanda di Litar Zandvoort pada 21 hingga 23 Ogos depan.

SUMBER: Formula 1

Grand Prix Hungary Kimi Antonelli Lando Norris Max Verstappen Mclaren Mastercard Mercedes-AMG Petronas Oracle Red Bull Racing Ford Scuderia Ferrari HP Virtual Safety Car (VSC)
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Formula Satu

    #F12026: Formula 1 Kembali ke Sepang! Malaysia Jadi Tuan Rumah GP Bahrain 2026

    27/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP2027: Quartararo Sertai Honda HRC, David Alonso Turut Sah Jadi Pelumba Kilang

    22/07/2026
    Formula Satu

    #F12026: Antonelli Kembali Menang, Tewaskan Leclerc Di GP Belgium

    22/07/2026
    Marc Marquez | GP Jerman 2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marquez Raja Sachsenring Lagi, Kembali Buru Gelaran MotoGP Musim Ini

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.