
TOYOTA memperkenalkan model kemas kini 2026, kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah, Toyota Alphard dan Toyota Vellfire untuk pasaran Jepun.
Fokus utama kemas kini kali ini menumpukan kepada Alphard menerusi penambahan varian hibrid pug-in (PHEV) baharu dan pengenalan varian G dalam barisan hibrid.
Toyota Vellfire pula menerima penambahbaikan lebih ringkas menerusi pilihan warna badan dan kemasan dalaman baharu.
Alphard Tawarkan Varian Z PHEV

Penambahan terbesar dalam barisan Alphard adalah pengenalan varian Z Plug-in Hybrid (PHEV), sekali gus menjadikan teknologi PHEV kini ditawarkan bukan saja pada gred Executive Lounge.
Varian Z PHEV hadir dengan pelbagai ciri premium sebagai standard, seperti:
- Tayar 225/55R19 dan rim aloi 19 x 7J kemasan Silver Sputtering
- Stereng kulit tiga jejari dengan kemasan kayu asli
- Tempat duduk baris kedua Executive Power Seat
- Fungsi boleh baring elektrik
- Kerusi Ottoman elektrik
- Kerusi dengan ciri pemanas dan vantilasi
- Bumbung bulan dua sisi dengan pelindung suria elektrik dan fungsi antisepit
- Sistem audio definisi tinggi (HD) 14 inci dengan navigasi berhubung
- Sistem audio dengan 10 pembesar suara
- Kemasan bumbung Ultrasuede®
- Pengecas telefon wayarles
- Dulang simpanan konsol atas
- Fungsi Smooth Stop
- Kawalan kestabilan badan ketika membrek
- Port pengecas yang menyokong pengecasan biasa dan pengecasan pantas dengan fungsi bekalan kuasa luaran (V2H)
Alphard G Baharu untuk Hibrid

Toyota turut memperkenalkan varian G baharu yang ditawarkan eksklusif dengan sistem hibrid. Sebagai standard, varian itu dilengkapi:
- Lampu utama LED tiga projektor dengan fungsi pelarasan automatik
- Lampu siang (DRL) LED
- Lampu kabus LED
- Kerusi pemandu boleh laras elektrik 8-tetapan
- Kerusi penumpang depan boleh laras 4-tetapan
- Fungsi pemanas pada kerusi depan
Bagi konfigurasi 7-kerusi, Toyota Alphard G menggunakan kerusi kapten Relax Captain Seat dengan kemasan fabrik dan kulit sintetik yang dilengkapi:

- Fungsi gelongsor panjang manual
- Perehat tangan boleh pusing
- Kerusi Ottoman manual
- Ciri pemanas tempat duduk
Bagi konfigurasi 8-kerusi, ia menggunakan kerusi tip-up lipatan nisbah 60:40 dengan kemasan fabrik dan kulit sintetik. Turut disediakan:
- Sistem audio paparan HD 14 inci
- Sistem audio dengan 10 pembesar suara
- Monitor pandangan panoramik dengan fungsi paparan lut sinar bawah kenderaan
- Sistem brek sokongan parkir yang boleh mengesan objek pegun di depan dan belakang, kenderaan hampir dari belakang, dan pejalan kaki di belakang
Penambahbaikan Semua Varian Alphard

Selain penambahan varian baharu, Toyota turut melakukan beberapa penambahbaikan pada keseluruhan barisan Alphard.
Antara perubahan diperkenalkan ialah:
- Warna badan baharu Neutral Black untuk semua varian
- Kemasan dalaman metalik gangsa bagi gred Executive Lounge
- Rim aloi 18 inci dengan kemasan Hyper Chrome Metallic
- Tayar 225/60R18 dan rim 18 x 7J
- Ciri standard bagi varian Z petrol dan hibrid HEV
- Pilihan tambahan bagi varian G
- Penyerap hentak sensitif frekuensi sebagai kelengkapan standard untuk semua varian bagi meningkatkan keselesaan pemanduan
Vellfire Turut Terima Kemas Kini

Bagi Vellfire, Toyota hanya memperkenalkan beberapa perubahan kecil bagi meningkatkan daya tarikan model tersebut.
Penambahbaikan yang diberikan meliputi:
- Warna badan baharu Neutral Black untuk semua varian
- Kemasan dalaman metalik gangsa yang diseragamkan bagi gred Executive Lounge

i. Trenkuasa Alphard
Hibrid Plug-in (PHEV)
Varian Executive Lounge dan Z menggunakan enjin petrol 2.5L A25A-FXS 2,487cc yang menghasilkan output kuasa 177ps @ 6,000rpm dan 219Nm @ 3,600rpm.
Sistem tersebut dipadankan dengan:
- Pacuan E-Four
- Output kuasa motor depan 134kW (182ps) dan tork 270Nm, manakala motor belakang 40kW (54ps) dan tork 121Nm
- Transmisi e-CVT
- Bateri litium-ion 51Ah
Hibrid (HEV)
Varian Executive Lounge, Z dan G menggunakan enjin petrol 2.5L A25A-FXS 2,487cc yang menghasilkan output kuasa 190ps @ 6,000rpm dan 236Nm @ 4,300 – 4,500rpm.
Sistem itu ditawarkan dalam pilihan pacuan dua roda (2WD) atau E-Four, dan dilengkapi:
- Motor depan dengan ourput kuasa 134kW (182ps) dan tork 270Nm, manakala motor belakang 40kW (54ps) dan tork 121Nm bagi varian E-Four
- Transmisi e-CVT
- Bateri nikel-metal hidrida (Nickel-Metal Hydride) 5Ah
Petrol
Varian Z menggunakan enjin petrol 2.5L 2AR-FE 2,493cc yang menghasilkan output kuasa 172ps @ 5,400rpm dan 235Nm @ 4,100rpm.
Turut ditawarkan:
- Pilihan pacuan 2WD atau 4WD
- Transmisi Super CVT-i dengan fungsi Sequential Shiftmatic 7-kelajuan
ii. Trenkuasa Vellfire
Hibrid Plug-in (PHEV)
Varian Executive Lounge menggunakan enjin petrol 2.5L A25A-FXS 2,487cc yang menghasilkan output kuasa 177ps @ 6,000rpm dan 219Nm @ 3,600rpm.
Sistem tersebut merangkumi:
- Pacuan E-Four
- Motor depan dengan output kuasa 134kW (182ps) dan tork 270Nm, manakala motor belakang 40kW (54ps) dan tork 121Nm
- Transmisi e-CVT
- Bateri litium-ion 51Ah
Hibrid (HEV)
Varian Executive Lounge dan Z Premier menggunakan enjin petrol 2.5L A25A-FXS 2,487cc yang menghasilkan 190ps @ 6,000rpm dan 236Nm @ 4,300 – 4,500rpm.
Padanan sistem terdiri daripada:
- Pilihan pacuan 2WD atau E-Four
- Motor depan dengan output kuasa 134kW (182ps) dan tork 270Nm, motor belakang 40kW (54ps) dan tork 121Nm bagi E-Four
- Transmisi e-CVT
- Bateri nikel-metal hidrida (Nickel-Metal Hydride) 5Ah
Petrol Turbo

Varian Z Premier menggunakan enjin petrol turbo 2.4 liter T24A-FTS 2,393cc dengan intercooler turbo yang menghasilkan output kuasa 279ps @ 6,000rpm dan 430Nm @ 1,700 – 3,600rpm.
Turut ditawarkan:
- Pilihan pacuan 2WD atau 4WD
- Transmisi automatik Direct Shift-8AT 8-kelajuan
Harga Toyota Alphard 2026 di Jepun
- Executive Lounge PHEV E-Four: 10,699,700 yen (RM268,670)
- Executive Lounge HEV 2WD: 8,649,300 yen (RM217,180)
- Executive Lounge HEV E-Four: 8,869,300 yen (RM222,700)
- Z PHEV E-Four: 7,649,400 yen (RM192,080)
- Z Petrol 2WD: 5,599,000 yen (RM140,590)
- Z Petrol 4WD: 5,797,000 yen (RM145,560)
- Z HEV 2WD: 6,399,800 yen (RM160,700)
- Z HEV E-Four: 6,619,800 yen (RM166,220)
- G HEV 2WD: 5,599,000 yen (RM140,590)
- G HEV E-Four: 5,819,000 yen (RM146,120)
Harga Toyota Vellfire 2026 di Jepun
- Executive Lounge PHEV E-Four: 10,899,900 yen (RM273,700)
- Executive Lounge HEV 2WD: 8,849,500 yen (RM222,210)
- Executive Lounge HEV E-Four: 9,069,500 yen (RM227,730)
- Z Premier Turbo 2WD: 6,749,600 yen (RM169,480)
- Z Premier Turbo 4WD: 6,947,600 yen (RM174,450)
- Z Premier HEV 2WD: 7,099,400 yen (RM178,260)
- Z Premier HEV E-Four: 7,319,400 yen (RM183,790)

























