Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal
Sukan Permotoran

Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam26/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUMBA muda negara, Qabil Irfan Azlan memulakan kempen Moto4 European Cup 2026 dengan aksi meyakinkan apabila menamatkan perlumbaan pembukaan di Barcelona-Catalunya di kedudukan keempat.

Walaupun baru melakukan debut dalam saingan Eropah, pelumba berusia 14 tahun itu berjaya memberi saingan sengit kepada barisan pelumba tempatan dan antarabangsa sepanjang perlumbaan berlangsung.

Bermula Petak Kelapan, Tamat Kelompok Depan

Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4

Mewakili pasukan SIC-GRYD Racing, Qabil Irfan memulakan perlumbaan dari petak kelapan sebelum mempamerkan tunggangan agresif dan konsisten.

Beliau pantas menyesuaikan diri dengan kondisi trek dan jentera selain beberapa kali memperbaiki kedudukan untuk berada dalam kelompok lima terbaik.

Sepanjang 13 pusingan perlumbaan, Qabil Irfan turut dilihat mampu bersaing dalam kelompok podium sebelum persaingan sengit di pusingan terakhir menyaksikan beliau terlepas kedudukan tiga terbaik.

Beliau akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat keempat, hanya 0.192 saat di belakang pemenang dari Sepanyol, Álvaro Lucas.

Podium Dikuasai Pelumba Eropah

Álvaro Lucas muncul juara perlumbaan selepas mencatat masa keseluruhan 24 minit 19.948 saat.

Pelumba Itali, Edoardo Savino pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Lorenzo Pritelli melengkapkan podium di kedudukan ketiga.

Keputusan tempat keempat itu tetap dianggap cukup memberangsangkan buat Qabil Irfan kerana berjaya mengutip 13 mata kejuaraan dalam perlumbaan sulungn di pentas Eropah.

Ini memberi petanda positif terhadap potensi pelumba muda negara itu untuk terus bersaing di peringkat lebih tinggi.

Akui Pelumba Eropah Lebih Agresif

Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4

Mengulas aksi perlumbaan, Qabil Irfan berkata, permulaan yang baik memainkan peranan penting untuk membolehkannya kekal dalam kelompok depan.

Menurutnya, cabaran utama dihadapi adalah mendapatkan keyakinan penuh terhadap tayar depan selain menyesuaikan diri dengan gaya tunggangan pelumba Eropah yang lebih agresif.

Pada perlumbaan tadi, bagi saya permulaan berjalan dengan sangat baik. Saya bermula dari petak kelapan dan berjaya naik ke kedudukan keempat.

“Untuk berada dalam kelompok depan, saya perlu melakukan permulaan baik dan cuba memintas seramai mungkin pelumba di depan,” katanya.

Mahu Lebih Agresif di Portugal

Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4

Qabil Irfan turut menyifatkan perlumbaan di Barcelona itu sebagai pengalaman cukup berharga dalam proses pembelajaran.

Beliau kini berazam tampil lebih agresif pada pusingan seterusnya di Portugal bagi memburu podium pertama musim ini.

Pusingan di Portugal nanti, saya akan cuba menjadi sedikit lebih agresif berbanding sebelum ini dalam usaha memburu kedudukan podium.

“Bersama pasukan ini, semua berjalan baik dan saya sangat gembira kerana mereka sentiasa cuba memenuhi apa saya perlukan,” katanya.

Zulfahmi Puji Kematangan Qabil Irfan

Logo Moto4 European Cup

Sementara itu, Pengurus SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin menyifatkan aksi ditampilkan Qabil Irfan sebagai cukup matang untuk seorang pelumba muda.

Menurut beliau, Qabil Irfan tidak gentar bersaing dengan pelumba Eropah yang lebih berpengalaman selain mampu kekal kompetitif sepanjang perlumbaan.

Apa paling menggembirakan, dia bukan sekadar mengikut rentak perlumbaan, tetapi benar-benar bertarung untuk podium.

“Itu menunjukkan potensinya sangat besar dan kami percaya dia mampu pergi lebih jauh,” katanya.

Zulfahmi turut menegaskan keputusan tempat keempat pada perlumbaan pertama sudah cukup positif, tetapi fokus utama pasukan ketika ini adalah memastikan pembangunan dan peningkatan prestasi Qabil Irfan terus berada di landasan terbaik.

SUMBER: SinarHarian | ZKRacing

Barcelona Barcelona-Catalunya Eropah Moto4 European Cup 2026 Pengurus SIC Racing Portugal Qabil Irfan Qabil Irfan Azlan Zulfahmi Khairuddin
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.