Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam16/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) terus memperkukuh komitmen terhadap komuniti permotoran tempatan menerusi pelancaran Petronas Sprinta Ladies, iaitu inisiatif yang diwujudkan khas untuk menghimpunkan dan memperkasa komuniti penunggang motosikal wanita di Malaysia.

Pelancaran itu menjadi langkah strategik jenama berkenaan dalam menyediakan platform yang membolehkan penunggang wanita berhubung, berkongsi pengalaman dan meningkatkan pengetahuan menerusi pelbagai aktiviti komuniti dan program pembangunan pada masa akan datang.

Dilancar Sempena ‘Velora Ride and Heal Camp’

Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia

Inisiatif tersebut diperkenalkan sempena program ‘Velora Ride & Heal Camp‘ yang berlangsung di Janda Baik, Pahang dengan penyertaan kira-kira 100 penunggang wanita dari seluruh negara.

Program itu berlangsung dalam suasana santai sambil menggalakkan interaksi antara peserta yang berkongsi minat sama dalam dunia permotoran.

Komuniti Velora dipilih sebagai kumpulan perintis bagi memulakan gerakan ‘Sprinta Ladies’ sebelum dipeluaskan kepada lebih banyak komuniti penunggang wanita setiap negeri.

Dalam program sama, Petronas Sprinta turut memperkenalkan barisan produk penjagaan motosikal seperti pelincir rantai Chain Lube dan pencuci rantai Chain Cleaner, yang direka untuk membantu pemilik motosikal menjaga prestasi sistem rantai dengan lebih baik.

Bukan Sekadar Produk, Tapi Bangunkan Komuniti

Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia

Pelancaran Sprinta Ladies bukan hanya bertujuan memperkenalkan produk penjagaan motosikal, sebaliknya mencerminkan usaha Petronas Sprinta membina komuniti penunggang wanita yang lebih aktif, berilmu dan saling menyokong satu sama lain.

Dengan semakin ramai wanita memilih motosikal sebagai pengangkutan harian atau hobi, platform seperti Sprinta Ladies dilihat mampu menjadi medium meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan, penyelenggaraan motosikal dan pembangunan kemahiran menunggang dalam kalangan peserta.

Wanita Semakin Menonjol dalam Dunia Permotoran

Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia

Perkembangan komuniti penunggang wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini membuktikan dunia dua roda kini bukan lagi didominasi golongan lelaki semata-mata.

Kehadiran semakin ramai ‘lady bikers’ turut menyumbang kepada pertumbuhan komuniti permotoran yang lebih pelbagai dan inklusif.

Menerusi penubuhan Petronas Sprinta Ladies, PLMM berharap lebih ramai wanita tampil menyertai komuniti itu, sekali gus mengukuhkan hubungan sesama penunggang dan menggalakkan perkongsian ilmu serta pengalaman yang mampu memberi manfaat kepada industri permotoran negara secara keseluruhan.

Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini Lady Bikers Minyak Pelincir Petronas PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) PETRONAS Sprinta Ladies roda2 Sprinta Ladies Velora Ride & Heal Camp
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas Z15GT
    Roda2

    MODENAS Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma Di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.