Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MODENAS Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma Di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara
Roda2

MODENAS Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma Di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam16/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Modenas Z15GT

MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) melancarkan Program Z15GT Care, satu inisiatif perkhidmatan selepas jualan yang menawarkan pemeriksaan motosikal secara percuma kepada semua pemilik MODENAS Z15GT di seluruh negara.

Program yang berlangsung dari 15 Julai hingga 31 Ogos 2026 itu dilaksanakan menerusi 57 pengedar sah MODENAS terpilih di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sebagai usaha meningkatkan pengalaman pemilikan serta memperkukuh keyakinan pelanggan terhadap produk syarikat.

Pemeriksaan Percuma, Bantuan Selepas Jualan

Modenas Z15GT

Sepanjang tempoh kempen, pemilik Z15GT boleh membawa motosikal mereka ke pusat servis yang mengambil bahagian untuk menjalani pemeriksaan dan diagnosis secara percuma oleh juruteknik bertauliah.

Selain pemeriksaan teknikal, pelanggan juga akan menerima bantuan berkaitan pembaikan serta tuntutan waranti bagi kes yang layak. MODENAS turut menyediakan komponen gantian dan alat ganti yang diperlukan, tertakluk kepada hasil pemeriksaan teknikal serta ketersediaan stok.

Persediaan Menyeluruh Sebelum Program Dilaksanakan

Modenas Z15GT

Menurut MODENAS, pelbagai persiapan telah dilakukan sebelum pelaksanaan program ini bagi memastikan mutu perkhidmatan yang konsisten di semua pusat servis terlibat.

Antara langkah yang diambil termasuk penilaian teknikal terhadap model Z15GT, latihan kepada juruteknik, taklimat kepada rangkaian pengedar serta perancangan bekalan alat ganti. Syarikat turut bekerjasama rapat dengan pasukan teknikal, kawalan kualiti, perkhidmatan selepas jualan dan pembekal bagi menambah baik produk serta proses sokongan kepada pelanggan.

Utamakan Keselamatan, Kepuasan Pelanggan

Modenas Z15GT

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, berkata kepuasan dan keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan syarikat.

Menurut beliau, Program Z15GT Care diwujudkan bagi memudahkan pemilik mendapatkan pemeriksaan serta khidmat selepas jualan di pengedar sah berhampiran, selain menjadi platform untuk MODENAS mendengar maklum balas pengguna dan terus mempertingkatkan mutu produk serta pengalaman pemilikan pada masa akan datang.

Pemilik Digalak Buat Temu Janji Awal

Modenas Z15GT

MODENAS turut menggalakkan semua pemilik Z15GT menghubungi pengedar sah yang mengambil bahagian bagi menetapkan temu janji sebelum hadir ke pusat servis.

Pelanggan disaran membawa bersama sijil pendaftaran motosikal serta dokumen berkaitan waranti atau rekod servis bagi memudahkan proses pemeriksaan dijalankan. Senarai penuh pengedar yang mengambil bahagian boleh didapati menerusi laman web serta saluran media sosial rasmi MODENAS.

List of Selected Authorised Dealer Z15GT Care Program

Modenas Modenas Z15GT Program Z15GT Care
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV160 Spider-Man Edition Dilancar Di Malaysia โ€“ Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.