Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma
Roda2

MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam16/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) memperkenalkan varian terkini Elegan EX 250 yang tampil dengan pilihan warna serta grafik baharu, di samping menawarkan nilai tambah kepada pelanggan menerusi pemberian kotak simpanan (top box) GIVI secara percuma.

Kemaskini terbaharu itu bertujuan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna tanpa mengubah karakter utama Elegan EX 250 yang terkenal sebagai skuter maxi yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan kesesuaian untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

Tiga Pilihan Warna Lebih Segar

Varian baharu Elegan EX 250 kini ditawarkan dalam tiga pilihan warna moden iaitu Light Sage Green, Matte Browndan Bright Grey Blue, sekali gus memberikan penampilan yang lebih segar dan kontemporari.

Selain perubahan kosmetik, setiap pembelian turut didatangkan dengan top box GIVI bernilai RM500 tanpa sebarang caj tambahan. Aksesori tersebut melengkapkan ruang simpanan bawah tempat duduk sedia ada, sekali gus menawarkan kapasiti penyimpanan yang lebih besar untuk kegunaan harian.

Lebih Praktikal Untuk Pelbagai Kegunaan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, penyegaran model ini mencerminkan usaha syarikat untuk terus memenuhi keperluan penunggang yang semakin pelbagai, khususnya mereka yang mahukan sebuah skuter yang selesa, praktikal dan serba boleh.

Beliau berkata penambahan top box GIVI memberi nilai pemilikan yang lebih tinggi kepada pelanggan sejak hari pertama menerima motosikal, selain memudahkan pengguna membawa barangan peribadi ketika berulang-alik ke tempat kerja, membeli-belah atau melakukan perjalanan jauh.

Sesuai Untuk Bandar, Jelajah Jarak Jauh

Roslan turut menjelaskan bahawa gabungan ruang simpanan tambahan bersama reka bentuk yang lebih moden menjadikan Elegan EX 250 lebih sesuai digunakan dalam pelbagai situasi sepanjang minggu.

Sama ada digunakan sebagai pengangkutan harian di kawasan bandar atau untuk aktiviti tunggangan hujung minggu, skuter ini menawarkan tahap keselesaan serta kapasiti membawa barangan yang lebih praktikal berbanding sebelum ini.

Sudah Mula Ditawarkan Di Pengedar Sah

Varian baharu MODENAS Elegan EX 250 mula ditawarkan di semua pengedar sah MODENAS di seluruh negara bermula Julai 2026.

Bagaimanapun, promosi pemberian top box GIVI percuma adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta ketersediaan stok. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pengedar sah MODENAS atau melayari laman web rasmi syarikat.

Kotak Simpanan Modenas MODENAS Elegan EX 250 skuter top box givi warna baharu modenas elegan 250x
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Modenas Z15GT
    Roda2

    MODENAS Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma Di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV160 Spider-Man Edition Dilancar Di Malaysia โ€“ Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.