Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

SyafieBy Syafie09/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125

JENAMA motosikal Itali, Morbidelli, yang di bawah edaran Mforce Bike Holding Berhad (Mforce) mengukuhkan kehadiran di pasaran tempatan menerusi pelancaran tiga model baharu membabitkan segmen cruiser, skuter premium dan skuter bandar: C252V, SC200SR dan Vizy 125.

Ketiga-tiga model itu ditawarkan pada harga kompetitif dengan sasaran pelanggan berbeza, daripada penunggang harian sehingga penunggang yang mahukan motosikal bergaya untuk tunggangan santai dan jarak jauh.

Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125

Harga Morbidelli baharu di Malaysia

  • Morbidelli C252V – RM16,988
  • Morbidelli SC200SR – RM7,988
  • Morbidelli Vizy 125 – RM4,988

Morbidelli C252V – Cruiser V-Twin 250cc dengan TCS

Ini ialah model paling premium dalam barisan baharu itu, Morbidelli C252V hadir sebagai cruiser yang menggunakan enjin 4-lejang 8-injap V-Twin 249cc SOHC penyejukan cecair.

Enjin tersebut menghasilkan output kuasa 19kW (25.8hp) @ 9,000rpm dan tork 25Nm @ 5,500rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan berserta klac sliper.

Spesifikasi utama Morbidelli C252V:

  • Enjin 4-lejang V-Twin 249cc SOHC penyejukan cecair
  • Output kuasa 25.8hp, dan tork 25Nm
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan
  • Klac sliper (slipper clutch)
  • Suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock (belakang)
  • Brek cakera depan dan belakang
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Panel meter LCD
  • Kapasiti tangki bahan api 15.5 liter
  • Berat 200kg

Model cruiser itu ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Bulk Black (hitam), Moss Green (hijiau) dan Urban Silver (perak).

Morbidelli SC200SR – Skuter Sport 200cc dengan TPMS

Kepada penunggang yang mencari skuter premium untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak sederhana, Morbidelli SC200SR menampilkan enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 169cc SOHC penyejukan cecair.

Model itu menghasilkan output kuasa 11.9kW (16hp) @ 8,000rpm dan tork 15.1Nm @ 7,000rpm dengan transmisi automatik CVT.

Spesifikasi utama Morbidelli SC200SR:

  • Enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 169cc SOHC penyejukan cecair
  • Output kuasa 16hp, dan tork 15.1Nm
  • Transmisi automatik CVT
  • Suspensi fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock boleh laras (belakang)
  • Brek cakera depan dan belakang
  • Rim 13 inci
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Panel meter LCD
  • Kapasiti tangki bahan api 7.8 liter
  • Berat 142kg

Morbidelli SC200SR ditawarkan dalam tiga warna: Bulk Black (hitam), Kingfisher Green (hijau), dan Sprint Purple (ungu).

Morbidelli Vizy 125 – Skuter Mampu Milik untuk Bandar

Bagi segmen aras mula, Morbidelli Vizy 125 diperkenalkan, yang direka untuk kegunaan harian dalam bandar.

Skuter itu menggunakan enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 123.6cc SOHC penyejukan udara yang menghasilkan kuasa 7.0kW (9.4hp) @ 8,000rpm dan tork 9.5Nm @ 6,000rpm.

Spesifikasi utama Morbidelli Vizy 125:

  • Enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 123.6cc SOHC penyejukan udara
  • Output kuasa 9.4hp, dan tork 9.5Nm
  • Transmisi automatik CVT
  • Suspensi fork teleskopik depan
  • SIstem brek cakera (depan), dan brek dram (belakang)
  • Lampu LED penuh
  • Panel meter LCD
  • Port pengecas USB Type-A dan Type-C
  • Kapasiti tangki bahan api 4.5 liter
  • Berat 103kg

Pilihan warna ditawarkan: Bulk Black (hitam), Dash Yellow (kuning), dan Stun Red (merah)

Tiga Segmen, Tiga Karakter Berbeza

Dengan pelancaran C252V, SC200SR dan Vizy 125, Morbidelli kini menawarkan pilihan yang lebih menyeluruh kepada pengguna Malaysia.

Morbidelli C252V menyasarkan peminat cruiser yang mahukan gaya klasik dengan teknologi moden, Morbidelli SC200SR pula sesuai buat mereka yang mencari skuter premium prestasi tinggi, manakala Morbidelli Vizy 125 menjadi pilihan menarik kepada penunggang baharu atau pengguna bandar yang mahukan motosikal praktikal dan mampu milik.

Anda pula minat mana satu?

C252V Malaysia Bike Show 2026 Mforce Morbidelli roda2 SC200SR Vizy 125
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.