Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tahukah Anda»Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?
Tahukah Anda

Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

Han OthmanBy Han Othman02/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP

TREND pelumba MotoGP menjulurkan kaki ketika membrek sebelum mengambil selekoh dikatakan dimulakan juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi.

Peliknya apabila ditanya alasan buat begitu, beliau sendiri pun tidak tahu, cuma rasa selesa melakukannya.

Dari Mana Asal Senario Julur Kaki?

Pelumba motocross layan corner
Pelumba motocross layan corner

Asalnya, aksi menjulurkan kaki keluar ketika membelok dan memijak kembali peg kaki adalah senario biasa bagi hampir semua pelumba dirt bike dalam sukan lumba motocross. Gaya itu kemudian menjadi trademark Rossi dan kini diikuti ramai pelumba MotoGP pelbagai kelas, termasuk kejuaraan dunia lain.

Antara pelumba awal yang meniru aksi Rossi ialah Marco Melandri, Loris Capirossi, Max Biaggi, Dani Pedrosa, Casey Stoner dan Jorge Lorenzo, termasuk pelumba MotoGP generasi baharu seperti Marc Marquez. Kini, hampir semua pelumba sudah mengikuti trend itu.

Rossi with Ducati bike

Rossi hingga kini masih belum menceritakan kelebihan aksi goyang kaki tersebut, dipanggil ‘Rossi Leg Wave‘, tetapi Stoner dan Pedrosa percaya gaya itu membantu mereka mendapatkan keseimbangan ketika membrek sebelum melayan corner.

Ada macam-macam teori dibincangkan hingga menyentuh aspek fizik seperti keseimbangan, daya dan memindahkan berat ketika membelok. Malah Rossi juga percaya aksi menjulurkan kaki itu membantunya membrek lebih bagus.

Julur Kaki Tiada Kesan Teknikal?

Bagaimanapun, Rossi turut mendedahkan fakta mengejutkan. Beliau dan Jeremy Burgess (mantan ketua kru dan mekanik) pernah membandingkan data aksi julur kaki dengan posisi kaki atas peg kaki, yang mana keputusan tunggangan untuk kedua-dua cara itu sama saja dan tiada perbezaan.

Data itu memaparkan masa dan daya membrek, serta agihan berat sama. Jadi, aksi julur kaki Rossi ini bolehlah diibaratkan semacam satu ‘mantera’ atas trek yang dipercayai ada manfaat, atau sekadar mainan psikologi pelumba.

Bilakah Rossi Mula Guna?

Berdasarkan rekod,  asal-usul teknik julur kaki itu bermula di GP Jerez, Sepanyol pada 2005 (tonton video atas, minit 3:50) apabila Rossi mempraktikkan skil itu untuk memintas Sete Gibernau (Movistar Honda) dan menang pusingan tersebut.

Walaupun aksi itu dianggap sebagai trik ‘licik’ kerana berjaya mengetepikan Gibernau di selekoh akhir, tetapi lawannya itu, termasuk pasukan Honda sendiri tidak pernah membuat sebarang bantahan rasmi walaupun terpaksa memijak podium sebagai naib juara.

Rossi vs Gibernau 2005
Rossi vs Gibernau 2005

Bayangkan Rossi gagal memintas Gibernau di Jerez, pasti ramai pelumba tidak percaya dengan kuasa ‘Rossi Leg Wave’.

Jika ada pelumba boleh menang perlumbaan dengan mengekalkan posisi kaki atas peg kaki, teknik julur kaki bukan lagi menjadi ‘jampi’ Rossi.

SUMBER: MotoMatters

Kaki Julur Valention Rossi MotoGP Yamaha (2020) Sete Gibernau Jerez (2005) Valentino Rossi Valentino Rossi Ducati
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

01/07/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

02/07/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

28/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

28/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.