Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kia K5 dan Sorento Menang Anugerah Good Design
Auto Terkini

Kia K5 dan Sorento Menang Anugerah Good Design

Abang HirataBy Abang Hirata04/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DIASASKAN pada 1944, Kia hari ini menjual sekitar tiga juta unit kenderaan setahun di lebih 190 negara dengan menggajikan 52,000 pekerja serata dunia.

Pendapatan Kia setahun pula mencecah lebih 58 trilion won (RM215.3 bilion) dan mempunyai kemudahan pengeluaran di enam negara. Angka tersebut memang gah dan apa yang penting ialah pengguna boleh menyaksikan sendiri kehebatan dan nilai pada kenderaan buatannya.

Seperkara menarik, Kia berjaya menonjolkan slogan ‘The Power to Surprise’ menerusi model generasi baharu seperti sedan Stinger, K5 (Optima), SUV Sorento dan MPV Carnival.

Kia Sorento (2021)
Kia K5 (2021)

Apa lagi mengejutkan? Dua model baharu, iaitu K5 dan Sorento (2021) meraih Anugerah Good Design bagi kategori Pengangkutan. Fakta menarik, kejayaan itu mengulangi generasi terdahulu, Sorento dan Kia yang sama-sama memenangi Anugerah Good Design pada 2015.

Beberapa model Kia lain seperti Telluride dan Soul juga pernah memperoleh pengiktirafan dari organisasi itu sebelum ini.

Anugerah Good Design sudah berlangsung selama 70 tahun, dianjurkan The Chicago Athenaeum Museum of Architecture and Design dengan kerjasama European Centre for Architecture, Art, Design and Urban Studies dan Metropolitan Arts Press Ltd.

Selain Kia yang turut memenangi kategori Pengangkutan ialah Genesis, Ferrari, Hyundai, Lucid Motors, Nissan, Pininfarina dan Zapp Scooters.

Kemenangan generasi ketiga K5 dilihat sebagai keputusan tepat berdasarkan rekabentuk menawan ditampilkan. Rupa depan K5 meneruskan pengaruh gril ”hidung harimau’ yang tampak garang dengan sepasang lampu LED. Ciri menarik lain sedan itu ialah bumbung landai ke belakang yang dalam istilah tepat dikenali sebagai sedan fastback.

Sorento pula menggunakan strategi berbeza. Jika K5 nampak elegan dan moden, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu pula tampil ranggi dan multiguna. Ini berbeza dengan pesaing lain seperti Mazda CX-8 dan CX-9 yang tampil sebagai SUV elegan dan anggun.

Gril depan Sorento menyerlahkan rekaan ‘hidung harimau’ lebar dengan kombinasi lampu utama yang membentuk satu pandangan menonjol.

Secara keseluruhan, walaupun rekabentuk luaran Sorento generasi keempat ini tampak konservatif, tetapi kehadiran SUV itu atas jalan nampak jelas dengan mengekalkan falsafah yang dibawa generasi pertama dan kedua.

Bagaimanapun, di pasaran Malaysia, kedua-dua generasi baharu, K5 dan Sorento belum lagi ada khabar berita dan ini mungkin disebabkan penukaran hak pengedaran. Sebaliknya untuk saudara dekat K5, iaitu Sonata baru saja dilancarkan pada Oktober 2020.

BACA >>> Kia Carnival (2020) dengan Penampilan Ala SUV dan Pilihan Enjin Diesel, Petrol\
BACA >>> Kia Sportage JBL Black Edition (2021) Tawar Pembesar Suara Premium Berkualiti

Auto Terkini GOOD DESIGN Award Kia Kia K5 kia sorento Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Subsidi Bersasar RON95 Perlu Lebih Jelas, Elak Rakyat Keliru Status T15, T20

    13/05/2026
    Kuota BUDI95 mungkin dikurangkan | Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara

    12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.