Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Subsidi Bersasar RON95 Perlu Lebih Jelas, Elak Rakyat Keliru Status T15, T20
Auto Terkini

Subsidi Bersasar RON95 Perlu Lebih Jelas, Elak Rakyat Keliru Status T15, T20

SyafieBy Syafie14/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Presiden CAKE, Mohd Yusrizal Yusof

PELAKSANAAN subsidi bersasar petrol RON95 perlu disertai mekanisme lebih jelas dan telus supaya rakyat memahami kaedah pengelasan kumpulan T15 dan T20, sekali gus mengelakkan kekeliruan dan rasa terbeban dalam kalangan pengguna.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusof berkata, Kerajaan perlu memperhalusi mekanisme penentuan kelayakan subsidi kerana corak perbelanjaan rakyat berbeza mengikut lokasi, komitmen kewangan dan gaya hidup masing-masing.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem Budi Madani ketika ini dilihat berjalan lancar walaupun peringkat awal sebelum ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

Mekanisme Penentuan T15, T20 Perlu Diperjelas

Mohd Yusrizal berkata, ketika ini subsidi BUDI95 diberikan secara lebih umum kepada pengguna layak berdasarkan penggunaan kad pengenalan dan lesen memandu.

Namun, apabila kerajaan mula membincangkan rasionalisasi subsidi melibatkan golongan T20 dan T15, mekanisme penentuan dijangka menjadi lebih kompleks kerana turut melibatkan faktor pendapatan dan gaya hidup pengguna.

Sekarang ini subsidi BUDI95 diberikan secara pukal. Semua yang ada kad pengenalan dan lesen memandu boleh mendapat subsidi ini.

“Namun apabila diumumkan T20 dan T15 akan dirasionalisasikan, kita nampak mekanisme pemberian subsidi akan menjadi lebih mendalam termasuk melibatkan semakan pendapatan dan gaya hidup,” katanya.

Bimbang Salah Kategori

Pada masa sama, beliau turut menyuarakan kebimbangan kemungkinan berlaku situasi pengguna yang sebenarnya bukan dalam kategori T20, tetapi tetap diklasifikasikan dalam kumpulan tersebut.

Menurutnya, perkara itu boleh menyebabkan ada rakyat yang sepatutnya layak menerima subsidi akhirnya tercicir daripada sistem bantuan Kerajaan.

Kita kuatir nanti ada yang sebenarnya bukan golongan T20 tetapi dikategorikan dalam kumpulan itu dan tidak layak menerima subsidi.

“Jadi mekanisme kerajaan untuk menentukan siapa T20 dan T15 perlu dimaklumkan dengan jelas supaya rakyat lebih faham,” katanya lagi.

Sistem Kad Pengenalan Dilihat Berkesan

Logo BUDI95

Mohd Yusrizal berpandangan penggunaan kad pengenalan dalam pelaksanaan subsidi RON95 ketika ini membantu mengurangkan ketirisan selain memudahkan pengguna tanpa perlu membuat permohonan rumit.

Menurutnya, walaupun pada awal pelaksanaan terdapat kebimbangan mengenai kemungkinan kesesakan di stesen minyak, keadaan kini semakin stabil apabila pengguna mula menyesuaikan diri dengan sistem tersebut.

Cadang Pelaksanaan Secara Berperingkat

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya pelaksanaan subsidi bersasar dilakukan secara berperingkat atau menggunakan pendekatan ‘soft landing‘ bagi mengelakkan tekanan mendadak kepada kumpulan tertentu.

Menurutnya, penarikan subsidi secara mengejut boleh memberi kesan kepada golongan T20 dan T15 kerana mereka juga merupakan penyumbang cukai negara.

Kalau tarik subsidi secara mendadak, golongan T20 dan T15 mungkin akan rasa tertekan kerana mereka juga pembayar cukai.

“Mungkin kerajaan boleh mulakan dengan pendekatan kuantiti seperti mengurangkan had penggunaan subsidi secara berperingkat daripada 200 liter kepada jumlah lebih rendah,” katanya.

Beliau berkata, langkah tersebut boleh membantu Kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi secara lebih terkawal tanpa menimbulkan kejutan besar kepada pengguna dan ekonomi rakyat.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Budi Madani RON95 Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Subsidi Bersasar
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.