Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara

Han OthmanBy Han Othman12/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kuota BUDI95 mungkin dikurangkan | Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan

KERAJAAN memberi bayangan kuota penggunaan petrol bersubsidi BUDI95 mungkin dikurangkan lagi kepada 150 liter sebulan, susulan tekanan terhadap bekalan bahan api global akibat konflik Timur Tengah yang masih berpanjangan.

Buat masa ini, kuota penggunaan bulanan BUDI95 ditetapkan pada 200 liter, selepas sebelum ini dikurangkan daripada 300 liter. Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, data penggunaan semasa menunjukkan majoriti rakyat sebenarnya menggunakan petrol jauh lebih rendah daripada had sedia ada.

60 Peratus Pengguna Guna Kurang 150 Liter

Logo BUDI95

Chin Tong berkata:

  • Kira-kira 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan
  • Sekitar 60 peratus populasi menggunakan bawah 150 liter
  • Malah, 50 peratus rakyat menggunakan kurang 100 liter sebulan

Pelajar sekolah mengadu tidak dapat BUDI95 sebab tiada lesen memandu.

Ini bermakna, jika kuota dikurangkan kepada 150 liter sekalipun, impak dijangka tidak terlalu besar kepada majoriti pengguna biasa, terutama penunggang motosikal dan pengguna urban yang jarak perjalanan harian lebih pendek.

Kerajaan kini melihat BUDI95 bukan sekadar sistem subsidi bersasar, tetapi juga sebagai alat pengurusan bekalan bahan api negara. Dengan data penggunaan lebih terperinci, Kerajaan boleh melakukan pelarasan kuota secara fleksibel mengikut situasi semasa.

Dalam konteks sekarang, fokus utama bukan lagi semata-mata isu fiskal atau mahu mengurangkan subsidi, tetapi memastikan bekalan petrol negara kekal mencukupi jika konflik geopolitik global terus berlarutan.

PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan subsidi RON95

Pada masa sama, Kerajaan masih mengekalkan harga subsidi seperti berikut:

  • RON95 BUDI95: RM1.99/liter
  • Diesel Sabah/Sarawak/Labuan: RM2.15/liter
  • SKPS* petrol: RM2.05/liter
  • SKDS* diesel: RM2.15/liter

*Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS); Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS)

Chin Tong berkata, golongan pengguna motosikal antara paling perlu dilindungi kerana kebanyakannya hanya menggunakan sekitar 50 liter petrol sebulan. Justeru subsidi tinggi masih dianggap penting bagi mengawal tekanan kos sara hidup.

Kerajaan juga mengakui kos subsidi sekarang sudah meningkat mendadak berikutan lonjakan harga minyak dunia. Malah, perbelanjaan bulanan subsidi bahan api dilaporkan meningkat hampir 10 kali ganda berbanding sebelum konflik Timur Tengah memuncak.

Serah kereta naik pengangkutan awam

Dalam jangka panjang pula, Kerajaan mahu mempercepat pelaburan dalam sektor:

  • Pengangkutan awam
  • Elektrifikasi kenderaan
  • Perancangan bandar lebih padat
  • Pengurangan kebergantungan terhadap minyak fosil

Jika dulu subsidi bahan api lebih kepada membantu rakyat mengisi minyak murah, tetapi kini sudah jadi sebahagian strategi nasional untuk memastikan rakyat masih ada minyak untuk diisi sekiranya krisis global berpanjangan.

Auto Terkini Budi Madani RON95 (BUDI95) Kuota Subsidi BUDI95 Subsidi Petrol Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

25/06/2026
Mazda Flair Crossover XS
Auto Terkini

Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

25/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.