Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam30/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MODEL skuter elektrik baharu, EZI RAY 01, kini rasmi diperkenalkan di pasaran tempatan bersempena Program Mega JPJ Madani 2026 X Karnival Jom Heboh di Stadium Batu Kawan.

Apa yang menarik, model ini ditawarkan pada harga asal RM4,688, namun boleh dimiliki pada harga promosi RM2,288 selepas rebat Mforce.Cas sebanyak RM2,400. Harga tersebut tidak termasuk pendaftaran dan insurans, dengan promosi sah sehingga 30 Jun 2026 atau selagi stok masih ada.

Empat Warna, Fokus Mobiliti Bandar

EZI RAY 01 hadir dengan empat pilihan warna iaitu Nova White, Plasma Blue, Venus Grey dan City Black, menyasarkan pengguna bandar yang mahukan penyelesaian mobiliti elektrik praktikal dan kos efektif.

Motor 2,000W, Kelajuan Maksimum 68 kmj

Dari sudut prestasi, skuter ini menggunakan motor hub berkuasa 2,000W dengan sistem penyejukan udara. Ia mampu mencapai kelajuan maksimum sekitar 68 kmj, manakala jarak perjalanan boleh mencecah sehingga 120 km pada kelajuan sekitar 25 kmj.

 

Karakter ini menjadikannya sesuai untuk ulang-alik harian, penghantaran jarak dekat serta kegunaan bandar yang tidak memerlukan kelajuan tinggi.

Suspensi Selesa, Brek Cakera Depan dan Belakang

Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang dengan pelarasan pra-beban, memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan.

Sistem brek pula menggunakan cakera pada kedua-dua roda, memastikan kuasa membrek lebih meyakinkan berbanding sistem dram konvensional.

Saiz Kompak, Berat 130 kg

EZI RAY 01 menggunakan tayar bersaiz 90/90-10 depan dan belakang. Dari segi dimensi, ia berukuran 1,732 mm panjang, 746 mm lebar dan 1,067 mm tinggi dengan jarak roda 1,245 mm.

Ketinggian tempat duduk 735 mm menjadikannya mesra pengguna, manakala berat sekitar 130 kg memberikan kestabilan tanpa mengorbankan kemudahan kawalan.

Ciri Moden: NFC, USB dan LED Penuh

 

Dari aspek kelengkapan, skuter ini dilengkapi paparan meter LED, port pengecas USB Type-A serta sistem kemasukan tanpa kunci dengan fungsi NFC.

Sistem pencahayaan pula menggunakan LED sepenuhnya termasuk DRL, memberikan pandangan lebih baik dan gaya moden.

Tiga Mod Tunggangan, Walk Assist

Antara ciri praktikal lain termasuk tiga mod tunggangan, fungsi Walk Assist (E-Mode) untuk memudahkan pergerakan perlahan serta ruang simpanan hadapan dengan cangkuk.

Model ini menggunakan bateri jenis asid plumbum 72V32Ah, sesuai untuk penggunaan harian tanpa kos tinggi.

Waranti Dua Tahun

Setiap pembelian EZI RAY 01 didatangkan dengan waranti dua tahun atau sehingga 20,000 km (mana-mana terdahulu), selain sokongan alat ganti tulen melalui rangkaian Mforce.

Dengan harga mampu milik, ciri praktikal dan kos operasi rendah, EZI RAY 01 muncul sebagai antara pilihan paling menarik dalam segmen skuter elektrik bajet di Malaysia.

000W EZI RAY 01 MForce Bike Holding Sdn Bhd mforce.cas motor hub berkuasa 2 Program Mega JPJ Madani 2026 Program Mega JPJ Madani 2026 X Karnival Jom Heboh
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.