Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam12/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) mengesahkan Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE facelift bakal dilancarkan di Malaysia pada suku keempat tahun ini selepas membuat kemunculan sulung serantau di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026.

Model generasi T33 yang dipertingkat itu mengambil tempat di pentas utama Nissan pada pameran berkenaan, sekali gus memberi gambaran bahawa pelancaran rasmi untuk pasaran tempatan kini semakin hampir.

Malaysia Jadi Pasaran Pertama Di Rantau Ini

Menariknya, Malaysia menjadi negara pertama di rantau ASEAN menerima versi facelift X-Trail T33 memandangkan pasaran Indonesia dan Thailand masih menjual model pra-facelift.

Perubahan paling ketara dapat dilihat pada bahagian hadapan menerusi rekaan gril V-Motion baharu dengan bilah melintang, selain bampar depan dan belakang yang menerima sentuhan lebih moden dan agresif.

Teknologi e-Power Dengan Sistem AWD e-4ORCE

Seperti model sebelum ini, X-Trail e-Power menggunakan enjin tiga silinder turbo 1.5 liter VC-Turbo yang berfungsi sebagai penjana elektrik untuk mengecas bateri lithium-ion berkapasiti 1.8kWh.

Kuasa pemanduan diserahkan sepenuhnya kepada dua motor elektrik, masing-masing menghasilkan 204PS dan 330Nm di hadapan serta 136PS dan 195Nm di belakang, sekali gus membolehkan sistem pacuan semua roda e-4ORCE beroperasi.

Pemanduan Seakan EV Sepenuhnya

Menerusi teknologi e-Power, roda digerakkan sepenuhnya oleh motor elektrik tanpa sambungan mekanikal terus daripada enjin ke roda.

Turut tersedia ialah fungsi e-Pedal yang membolehkan pemandu mengawal pecutan dan nyahpecutan menggunakan satu pedal, sama seperti yang ditawarkan pada Nissan Serena e-Power dan Kicks e-Power.

Kabin Premium Dengan Tujuh Tempat Duduk

Berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan di Thailand dan Indonesia, X-Trail e-Power dijangka hadir sebagai SUV tujuh tempat duduk dengan kelengkapan premium yang menyeluruh.

Antaranya termasuk rim aloi 19 inci, pintu belakang berkuasa bebas tangan, bumbung panoramik, tempat duduk kulit hitam, kerusi hadapan larasan elektrik serta konfigurasi tempat duduk baris kedua 40:20:40 dan baris ketiga 50:50.

Paparan Digital Lengkap Dan Sistem Audio Bose

Ruang kabin turut dijangka dilengkapi kluster instrumen digital 12.3 inci, skrin infotainmen sentuh 12.3 inci dan paparan head-up display (HUD) bersaiz 10.8 inci.

Turut disediakan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem audio Bose sembilan pembesar suara, pengecas telefon pintar tanpa wayar 15W, kamera 360 darjah dengan Moving Object Detection serta sistem penyaman udara tiga zon.

Bakal Jadi Pesaing Utama SUV Hibrid Segmen-C

Dengan gabungan teknologi e-Power, sistem AWD e-4ORCE dan senarai kelengkapan yang lengkap, Nissan X-Trail facelift
dijangka menjadi antara pilihan menarik dalam segmen SUV hibrid keluarga di Malaysia.

Harga rasmi dan spesifikasi penuh untuk pasaran tempatan dijangka diumumkan lebih dekat dengan tarikh pelancaran pada suku keempat 2026.

ASEAN Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Kabin Premium Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) Malaysia Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Sistem Audio Bose SUV Hibrid Segmen-C X-Trail T33
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.