Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

Abang HirataBy Abang Hirata07/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan Gravite CNG 2026

NISSAN Motor India Private Limited (NMIPL) memperkenalkan kit pemasangan gas asli termampat (CNG) yang diluluskan Kerajaan untuk kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Gravite CNG 2026.

Model itu menarik kerana dilengkapi dua silinder CNG untuk MPV kecil dengan tujuh kerusi.

Nissan Gravite CNG 2026

Nissan Gravite CNG direka untuk memberikan penyelesaian mobiliti lebih bijak, ekonomikal dan mesra alam tanpa menjejaskan ruang luas pada baris ketiga, keselesaan, serta praktikaliti harian.

Kit tersebut ditawarkan pada harga pengenalan 82,999 rupee (RM3,445) merentasi 16 negeri seluruh India.

Trenkuasa

Nissan Gravite CNG 2026

Kit CNG pada Nissan Gravite dibangunkan sepenuhnya, termasuk dikilangkan, dan dijamin kualiti daripada pakar kit CNG, Motozen.

Dari segi teknikal, sistem itu menggunakan Kit CNG Patuh Sequential BS6.2, iaitu sistem diluluskan Pusat Antarabangsa untuk Teknologi Automotif (iCAT), di India untuk keselamatan dan reliabiliti yang diperakui.

Silinder jenis kerja berat (heavy duty) itu mempunyai ketebalan 8.1mm untuk ketahanan tambahan dan Teknologi Dinamik Termaju (Dynamic Advancer Technology) terkini yang dioptimum khas untuk Nissan Gravite.

Integrasi komponen dibuat kemas mengikut piawaian kilang, termasuk penggunaan braket komponen yang direka khas dan lubang pengisian bahan api di bawah penutup tangki.

Selain itu, susun atur tempat duduk belakang dioptimumkan untuk mengekalkan keselesaan penumpang selain peralihan bahan api antara petrol dan CNG yang lancar.

Nissan Gravite CNG 2026

Pemanduan, Kebolehgunaan

Bagi pengguna dengan jarak perbatuan tinggi seperti perjalanan ke pejabat, menghantar anak ke sekolah dan perjalanan ke luar bandar secara tetap, Nissan Gravite CNG menawarkan penjimatan ketara berbanding petrol.

Ini menjadikan kenderaan 7-kerusi itu lebih realistik dan mampu milik untuk dikendalikan di pasaran yang mempunyai kepadatan stesen CNG tinggi.

Pada masa sama, ia menyumbang kepada udara lebih bersih dan pilihan mobiliti mampan, terutama dalam situasi trafik sesak dan persekitaran bandar.

NMIPL tidak berkongsi kadar penggunaan bahan api Nissan Gravite CNG, tetapi sebagai rujukan, model petrol biasa mencatatkan 19.3km per liter untuk model manual dan 19.6km per liter bagi (automatik).

Pelanggan di India boleh menempah pemasangan kit CNG melalui pengedar sah Nissan untuk pembelian yang mudah dan dipercayai.

Produk itu didatangkan dengan waranti pihak ketiga selama tiga tahun atau 100,000km untuk kit komponen.

Spesifikasi Nissan Gravite (bukan model CNG)

  • Enjin petrol aspirasi natural (NA) B4D 999cc
  • Output kuasa 72ps @ 6,250 ± 100rpm, dan tork 96Nm @ 3,400 – 3,600 rpm
  • Transmisi manual (MT) 5-kelajuan, atau automatik 5-kelajuan AMT (EZ-Shift)
  • Penjimatan bahan api 19.3km per liter (MT) atau 19.6km per liter (AMT)
  • Dimensi panjang 3,987mm, lebar 1,734mm tinggi 1,643mm dan jarak roda 2,636mm
  • Jarak tinggi bumi 182mm
  • Stereng  kuasa Elektrik (EPS)
  • Brek cakera (depan) dan dram (belakang)
  • Suspensi strut MacPherson dengan pautan lower transverse (depan), dan rasuk pintal (twist beam) dengan spring koil (belakang)
  • Berat kerb 988kg (MT) dan 993kg (AMT)
  • Berat kasar (bukan model CNG) 1,533kg (MT) dan 1,538kg (AMT)
  • Kapasiti tangki bahan api 40 liter
  • Kapasiti but 625 liter (5-kerusi) dan 320 liter (6-kerusi)
  • Saiz tayar 165/80R14 (Visia, Acenta dan N-Connecta), dan 185/65R15 (Tekna)
  • Tayar simpanan 165/80R14
Nissan Gravite CNG 2026
Nissan Gravite CNG 2026
Nissan Gravite CNG 2026
Gas Asli Termampat (CNG) Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Nissan Nissan Gravite Nissan Gravite CNG Nissan Gravite CNG 2026 Nissan Motor India Private Limited (NMIPL) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.