Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

Han OthmanBy Han Othman06/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MGS5 EV CKD

MG Motor Malaysia meraikan ulang tahun kedua dengan penuh bergaya menerusi acara ‘2nd Anniversary: Passion To Drive‘ di Astana, Bamboo Hills, Kuala Lumpur.

Sambutan kali ini diiringi momentum suku pertama 2026 yang cukup memberangsangkan. Dari pencapaian produk, penglibatan pelanggan hingga peluasan rangkaian, MG jelas serius mahu mengukuhkan tapak di pasaran Malaysia.

Q1 2026: Cyberster Menang Anugerah, Jualan Naik 57 Peratus

MG Cyberster
MG Cyberster

Pembukaan 2026 menyaksikan MG Motor Malaysia memecut laju di semua bahagian. Antara kemuncaknya, model halo elektrik MG Cyberster dinobatkan Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) sebagai Kereta Prestasi Terbaik (Performance Car of the Year).

Pengiktirafan itu menguatkan lagi reputasi MG sebagai pengeluar kenderaan elektrik (EV) yang menggabungkan inovasi, rekabentuk dan keseronokan pemanduan sebenar.

Momentum jualan juga tidak kurang hebat. MG Motor Malaysia merekodkan pertumbuhan jualan 57 peratus pada suku pertama (Q1) 2026 berbanding suku keempat (Q4) 2025, dan naik 39 peratus tahun ke tahun (YoY) berbanding Q1 2025.

Angka itu mencerminkan minat pasaran yang semakin meningkat dan keyakinan pengguna terhadap jenama British di bawah naungan SAIC Motor itu.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory Qi berkata;

Q1 adalah permulaan bermakna dan menggalakkan untuk MG di Malaysia.

“Dari pengiktirafan produk hingga pelancaran MGS5 EV CKD tempatan, semua ini membuktikan kekuatan barisan produk kami dan komitmen jangka panjang terhadap pasaran Malaysia.”

MGS5 EV CKD: EV CKD Pertama MG Kini di Bilik Pameran

MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD

Pencapaian paling signifikan buat MG pada Mac lalu adalah Majlis Pelancaran MGS5 EV CKD di fasiliti EP Manufacturing Berhad (EPMB), Melaka.

Itu menandakan MGS5 EV sebagai EV pertama MG yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia.

Langkah CKD itu bukan sekadar pelekat ‘buatan Malaysia’, tetapi fasa seterusnya dalam perjalanan lokalisasi MG yang membuktikan komitmen terhadap pemindahan teknologi dan pembangunan ekosistem EV tempatan.

Harga, Promosi MGS5 EV CKD

MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
  • Harga MGS5 EV CKD bermula RM116,900
  • Promosi pelancaran bernilai sehingga RM9,000
  • Status: kini boleh dilihat dan dipandu uji di semua bilik pameran MG seluruh negara
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD

MGS5 EV menjadi fokus utama MG untuk membawa mobiliti elektrik lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Dekati Pelanggan: dari Pandu Uji Hingga Pameran Jelajah di Pusat Beli-Belah

Pandu uji MGS5 EV seluruh Malaysia.

Selain produk, MG juga aktif mendekati pelanggan sepanjang Q1 seperti pelancaran kempen ‘Experience British Driving Dynamics‘ untuk menjemput lebih ramai rakyat Malaysia merasai sendiri DNA pemanduan MG.

MG turut memeriahkan musim perayaan dengan kempen bilik pameran dan rumah terbuka pengedar sempena Tahun Baru Cina dan Hari Raya.

Ini termasuk melakukan siri pameran jelajah di lokasi gaya hidup utama seperti Desa ParkCity, Quayside Mall, The Curve, Starling Mall dan IOI City Mall bagi membolehkan orang ramai mendekati barisan model MG lebih dekat.

Pada Februari tahun ini, semangat kerjasama diperkukuh menerusi Persidangan Pengedar MG Motor Malaysia dan sambutan Tahun Baru Cina 2026 yang menghimpunkan rangkaian pengedar seluruh negara dengan fokus pada pertumbuhan dan penglibatan pelanggan.

Teknologi Global: Bateri Semi-Solid-State, MG Hybrid+

Bateri semi pepejal (semi solid state battery) MG

Di peringkat antarabangsa, MG juga tidak berhenti berinovasi dengan memperkenalkan teknologi MG Hybrid+ dan bateri semi pepejal (semi-solid-state) pertama dunia yang dikeluarkan besar-besaran di acara MG Tech Day di Frankfurt, Jerman.

Inovasi itu menyerlahkan cita-cita produk dan teknologi MG untuk tahun mendatang.

Apa Seterusnya? KLIMS 2025, Pusat 3S Baharu, dan Fokus Selepas Jualan

Dalam perkembangan terkini MG Motor Malaysia mengesahkan penyertaan dalam Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2025 menerusi kehadiran Naib Presiden Rekabentuk Global di SAIC Motor, Jozef Kaban yang bakal berkongsi falsafah rekabentuk MG dan evolusi bahasa rekabentuk global jenama asal Britain itu.

MG juga akan meluaskan rangkaian menerusi pembukaan Pusat 3S baharu di Kuantan, Pehang dan Rawang, Selangor bagi meningkatkan aksesibiliti pelanggan di wilayah utama.

MG juga akan terus melabur dalam perkhidmatan selepas jualan dengan 11 fasiliti badan dan cat (body & paint) di seluruh negara bagi memastikan pemilik mendapat sokongan komprehensif dan berkualiti tinggi.

Emory Qi berkata;

Menuju ke depan dalam 2026, kami kekal fokus menyampaikan produk menarik, mengukuhkan penglibatan pelanggan, dan terus meluaskan jejak kami melalui inovasi dan lokalisasi.”

Dengan permulaan tahun yang kukuh dan pelbagai perancangan, MG Motor Malaysia jelas mahu membina kehadiran mampan di pasaran tempatan melalui produk relevan, penglibatan pelanggan yang bermakna dan pengembangan rangkaian tanpa henti.

Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi MG Motor Malaysia.

Fakta Ringkas MGS5 EV CKD

MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
  • Model MGS5 EV CKD
  • Harga RM116,900
  • Pemasangan Tempatan (CKD) di EPMB, Melaka
  • Promosi sehingga RM9,000
  • Pencapaian Jualan Q1 MG naik 57 peratus (QoQ), 39 peratus (YoY)
  • Anugerah MG Cyberster – Kereta Prestasi Terbaik (COTY Performance) MARii

Adakah MGS5 EV CKD pada harga RM116,900 itu berbaloi dibeli? 🤔 Komen pendapat anda di bawah.

MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
MGS5 EV CKD
EP Manufacturing Melaka EV CKD Malaysia harga MGS5 EV Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Jozef Kaban KLIMS 2025 MG Cyberster MG Motor Malaysia MG ulang tahun ke-2 MGS5 EV CKD pusat 3S MG Kuantan Rawang
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

26/06/2026
Autotainment

Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

26/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.