Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Dasar Pengangkutan Awam Perlu Dikaji Semula, Peluas Lorong Khas Bas
Auto Terkini

Dasar Pengangkutan Awam Perlu Dikaji Semula, Peluas Lorong Khas Bas

SyafieBy Syafie11/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Bas Rapid KL Jalan Ampang

KERAJAAN disaran mengkaji semula dasar pengangkutan awam negara, termasuk mempeluas laluan khas bas dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mara Liner, Wan Md Hazlin Agyl berkata, langkah itu penting bagi membantu mengurangkan kesesakan jalan raya selain memberi penjimatan kepada rakyat dari segi kos parkir dan bahan api.

Bas GoKL

Beliau berkata, walaupun Kerajaan sudah menyediakan subsidi minyak kepada operator bas awam dan menawarkan perkhidmatan bas percuma seperti bas Smart Selangor dan bas GoKL, penggunaan pengangkutan awam masih belum mencapai tahap optimum.

Perjalanan Bas Terlalu Lama Jadi Punca

Bas Smart Selangor

Wan Md Hazlin berkata lagi, antara faktor utama rakyat kurang menggunakan bas adalah isu ketersediaan perkhidmatan dan tempoh perjalanan terlalu panjang akibat kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa sekitar 20 minit boleh meningkat sehingga satu jam setengah kerana situasi trafik selain bas perlu berhenti di banyak lokasi.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel program Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Lorong Khas Bas Dilihat Penyelesaian Praktikal

Lorong khas bas

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Kerajaan mempeluas penyediaan lorong khas bas, terutama di bandar utama.

Menurutnya, langkah tersebut mampu:

  • Melancarkan pergerakan pengangkutan awam
  • Memendekkan masa perjalanan
  • Mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di jalan raya

Pada masa sama, sistem pengangkutan awam yang lebih efisien juga dilihat dapat membantu negara mengurangkan penggunaan bahan api secara keseluruhan.

Pendekatan Bekerja dari Rumah Turut Dicadang

Selain penambahbaikan pengangkutan awam, Wan Md Hazlin turut mencadangkan pendekatan bekerja dari rumah (BDR) diperkukuh sebagai langkah sokongan mengurangkan penggunaan bahan api negara.

Pendekatan itu dilihat mampu membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, terutama di kawasan bandar utama selain memberi fleksibiliti kepada pekerja.

Pengangkutan Awam Masih Perlu Diperkasa

Bantuan Pengangkutan Awam MADANI

Walaupun pelbagai inisiatif sudah diperkenalkan, termasuk subsidi bahan api dan perkhidmatan bas percuma, cabaran utama pengangkutan awam negara ketika ini masih menumpukan kepada:

  • Ketepatan masa
  • Kekerapan perkhidmatan
  • Keselesaan pengguna
  • Tempoh perjalanan

Penambahbaikan menyeluruh terhadap sistem pengangkutan awam dilihat penting jika Kerajaan mahu mengubah tabiat rakyat daripada terlalu bergantung kepada kenderaan persendirian.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Bas GoKL Bas Smart Selangor Lorong Khas Bas mara liner pengangkutan awam Rapid KL
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.