Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

SyafieBy Syafie25/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nozel RON95 dan RON97

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) mengumumkan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 25 hingga 30 Jun 2026 diturunkan susulan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Untuk minggu ini, RON97 turun 25 sen kepada RM4.10 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turut turun 25 sen kepada RM3.47 seliter. Harga diesel di Semenanjung pula mencatatkan penurunan terbesar iaitu 30 sen kepada RM4.07 seliter.

Kerajaan menjelaskan penurunan ini didorong perkembangan lebih positif dalam pasaran minyak global, termasuk penyederhanaan harga minyak mentah dan situasi konflik di Asia Barat yang semakin reda.

Bagaimanapun, MOF mengingatkan bahawa pasaran petroleum dunia masih berdepan ketidaktentuan, termasuk risiko rundingan damai yang belum dimuktamadkan, pemulihan rantaian bekalan global yang masih perlahan serta tahap inventori dan kos logistik yang belum kembali stabil.

Harga Bahan Api Bersubsidi Kekal

Walaupun harga pasaran berubah, kerajaan mengekalkan harga bahan api bersubsidi seperti berikut:

  • RON95 (BUDI95): RM1.99 seliter
  • Diesel Sabah, Sarawak dan Labuan: RM2.15 seliter
  • SKPS (petrol): RM2.05 seliter
  • SKDS (diesel): RM2.15 seliter
  • BUDI Diesel (bermula 1 Julai 2026): RM2.10 seliter bagi pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak menggunakan MyKad.

Kerajaan turut memaklumkan pelaksanaan BUDI Diesel bermula 1 Julai 2026 bagi menyeragamkan mekanisme subsidi diesel di seluruh negara, manakala subsidi untuk sektor strategik seperti nelayan, petani kecil, sektor komoditi dan pengangkutan awam darat akan terus dikekalkan.

Kerajaan Kekal Komited Lindungi Rakyat

Menurut MOF, kerajaan akan terus melaksanakan pendekatan subsidi bersasar bagi membantu mengimbangi kos sara hidup rakyat di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi.

Orang ramai turut disaran merancang perjalanan dengan lebih cekap dan mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemah bagi membantu mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan subsidi negara.

Harga Runcit Bahan Api (25 – 30 Jun 2026)

  • RON97: RM4.10 seliter (turun 25 sen)
  • RON95 (tanpa subsidi): RM3.47 seliter (turun 25 sen)
  • Diesel (Semenanjung): RM4.07 seliter (turun 30 sen)
Auto Terkini harga diesel harga ron95 harga ron97 Harga Runcit Produk Petroleum Kementerian Kewangan (MOF)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.