Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029
Auto Terkini

Jangan Buat 6 Kesalahan Jalan Raya Ini Kalau Tidak Mahu Dikompaun Maksimum RM500 Mulai 2029

SyafieBy Syafie24/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

CAAM jadi badan berkanun bebas

KERAJAAN bercadang menaikkan kadar maksimum kompaun bagi beberapa kesalahan jalan raya daripada RM300 kepada RM500 menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan bahawa kenaikan itu tidak bermaksud semua pesalah akan dikenakan kompaun RM500 secara automatik kerana jumlah sebenar masih bergantung kepada jenis dan tahap kesalahan serta tempoh penyelesaian kompaun.

Penguatkuasaan kadar maksimum baharu itu dicadangkan bermula 1 Januari 2029, sekali gus memberi tempoh kepada pengguna jalan raya untuk meningkatkan tahap pematuhan terhadap undang-undang.

6 Kesalahan Yang Boleh  Dikompaun Maksimum RM500

Antara kesalahan yang tertakluk kepada kadar maksimum kompaun baharu adalah:

  • Tidak mempamerkan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi
  • Menggunakan kenderaan tanpa lesen kenderaan motor (cukai jalan) yang sah
  • Memandu tanpa lesen memandu yang sah
  • Memandu melebihi had laju
  • Gagal menjalani pemeriksaan berkala bagi kenderaan tertentu
  • Gagal mematuhi arahan atau isyarat lalu lintas

Menurut Anthony, semakan kadar kompaun itu bertujuan memastikan hukuman kekal relevan dan mempunyai kesan pencegahan yang lebih berkesan.

“Peningkatan daripada RM300 kepada RM500 tidak bermaksud semua pesalah akan dikenakan kompaun RM500 secara automatik,” katanya ketika membentangkan RUU berkenaan di Dewan Rakyat.

Beliau turut menjelaskan bahawa tujuan pindaan itu adalah untuk meningkatkan pematuhan pengguna jalan raya, bukannya bagi membebankan rakyat atau menambah hasil kerajaan.

Selain semakan kadar kompaun, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 turut merangkumi aspek pendigitalan perkhidmatan JPJ, penguatkuasaan terhadap kesalahan serius serta kawal selia kenderaan elektrik dan kenderaan rentas sempadan.

SUMBER: BeritaHarian

Akta Pengangkutan Jalan 1987 Anthony Loke Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Kesalahan Jalan Raya Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Lori Terima RM10,000 Selepas Selamatkan 21 Penumpang Bas Di Menora

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Projek NPE 2 Bermula, Dijangka Siap 2029, Bakal Alihkan 40 Peratus Trafik ke KL

    24/06/2026
    CIMB Bank tawar program 'First Car Solution'
    Auto Terkini

    CIMB Bank Lancar Program ‘First Car Solution’ untuk Pembeli Kereta Pertama

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.