MEMBELI kereta pertama bukan sekadar memikirkan ansuran bulanan, tetapi juga kos pemilikan seperti cukai jalan, insurans dan perbelanjaan harian.
Menyedari cabaran itu, CIMB Bank Berhad (CIMB) memperkenalkan program First Car Solution, khusus untuk pembeli kereta pertama berusia antara 18 hingga 30 tahun.
Menariknya, CIMB menjadi bank pertama di Malaysia menawarkan pembaharuan cukai jalan percuma selama dua tahun bernilai sehingga RM240, selain kadar pembiayaan kompetitif dan pelbagai perlindungan kewangan bagi membantu golongan muda memiliki kenderaan dengan lebih tenang.
Program berkenaan turut merangkumi ekosistem lengkap yang menggabungkan pembiayaan automotif, perlindungan insurans atau takaful, dan kelebihan kad kredit bagi memudahkan pelanggan mengurus kos pemilikan kenderaan dalam jangka panjang.
Perlindungan Tambahan Jika Berlaku Kemalangan atau Kerugian Menyeluruh
Antara ciri utama First Car Solution adalah perlindungan Purchase Price GAP (PPG), iaitu perlindungan yang membayar perbezaan antara pampasan insurans dan harga asal kenderaan jika berlaku kerugian menyeluruh (total loss).
Ini bermakna pemilik tidak perlu menanggung sendiri perbezaan nilai kenderaan yang semakin susut selepas dibeli.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Malaysia dan CIMB Bank Berhad, Gurdip Singh Sidhu berkata, pemilikan kereta pada masa kini memerlukan perancangan kewangan yang lebih teliti, terutama dalam situasi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Selain akses kepada pembiayaan, pembeli perlu memastikan komitmen bulanan kekal mampu ditanggung dalam tempoh panjang.
“First Car Solution dibangunkan berdasarkan pendekatan pinjaman bertanggungjawab dengan mengambil kira kos pemilikan sebenar seperti cukai jalan dan perlindungan insurans,” katanya.
Cashback Petrol, Perbelanjaan berhubung Kereta hingga RM1,200 Setahun
Selain pembiayaan dan perlindungan, pelanggan turut menikmati kelebihan kad kredit CIMB yang menawarkan pulangan tunai (cashback) sehingga RM1,200 setahun bagi perbelanjaan petrol dan kos berkaitan automotif.
Tidak terhad itu, pengguna juga boleh menikmati rebat tunai untuk pembelian barangan runcit dan perbelanjaan makan di luar, sekali gus membantu mengurangkan beban kewangan harian.
CEO Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB, Haniz Nazlan berkata, pemilikan kereta bagi golongan muda bukan sekadar memiliki sebuah kenderaan, tetapi juga membina asas kebebasan dan kestabilan kewangan.
Program ini direka bagi membantu pembeli merancang kesejahteraan kewangan jangka panjang.
“Dengan gabungan manfaat gaya hidup dan pelan perlindungan, kami mahu membantu generasi baharu membina daya tahan kewangan serta membuat keputusan yang lebih mampan,” katanya.
Ekosistem Lengkap untuk Pembeli Kereta Pertama
Antara manfaat utama ditawarkan menerusi CIMB First Car Solution ialah:
- Kadar pembiayaan kompetitif
- Pembaharuan cukai jalan percuma selama dua tahun (RM240)
- Perlindungan insurans atau takaful melalui Bancassurance Financing
- Perlindungan Purchase Price GAP (PPG) bagi kes kerugian menyeluruh
- Pulangan tunai sehingga RM1,200 setahun untuk petrol dan perbelanjaan berkaitan automotif
- Rebat tunai untuk pembelian barangan runcit dan makanan
Program ini mengukuhkan lagi kedudukan CIMB sebagai rakan perbankan pilihan dalam aspek gaya hidup dan mobiliti, sambil menyokong matlamat jenama ‘Moving You Forward’ menerusi penyelesaian kewangan yang lebih fleksibel dan mampu milik.










