Peminat automotif, bersedia! Acara paling dinantikan, EON & Sahabat Autofest 2026, kembali menggegarkan Ibu Pejabat EON, di Glenmarie pada 8 hingga 10 Mei 2026.
Susulan kejayaan luar biasa tahun lalu dengan trafik pengunjung tinggi dan hadiah utama bernilai RM100,000, edisi 2026 menjanjikan skala lebih besar, tawaran lebih hebat, dan ganjaran yang sukar ditolak.
Ini bukan sekadar pameran kereta biasa. Ini ialah platform sehenti untuk anda memiliki kenderaan idaman dengan nilai maksimum, merasai sendiri teknologi terkini, dan membawa pulang hadiah utama yang menggiurkan.
Menang Besar, Tawaran Tak Masuk Akal!
Tahun ini, EON & Sahabat Autofest 2026 meningkatkan tawaran dengan hadiah cabutan bertuah yang pasti membuatkan jantung anda berdegup kencang:
Hadiah Utama:
- 1x Proton e.MAS 7 – SUV elektrik pertama Proton yang dinanti ramai
- 1x Modenas Ninja 250 ABS – Sportbike 250cc idaman anak muda
- 1x Percutian ke Shanghai lima hari empat malam (5D4N) – Bernilai RM5,000 daripada Tripfez
- 1x Kabin balkoni kapal persiaran (cruise) Star Dream Cruises bernilai RM5,000 daripada Tripfez
Setiap tempahan dan pandu uji sepanjang acara melayakkan anda menyertai cabutan bertuah tersebut. Lebih banyak anda sertai, lebih tinggi peluang menang.
4 Tawaran Hebat Tanpa Tandingan untuk Semua Jenama
EON & Sahabat Autofest 2026 menghimpunkan kuasa semua jenama di bawah EON dengan pakej kewangan dan nilai tambah agresif:
1. Kadar Faedah Serendah 0.77%
Nikmati kadar faedah terendah di pasaran untuk model terpilih melalui tras, bermula serendah 0.77 peratus untuk Audi dan 0.94 peratus untuk Proton.
2. Lulus, Serah pada Hari Sama
Tidak perlu tunggu lama. Dapatkan kelulusan pinjaman dan bawa pulang kenderaan baharu anda pada hari sama!
3. Yuran Tempahan Rendah
Miliki kereta idaman dengan komitmen awal minimum. Yuran tempahan direndahkan khas sepanjang tiga hari acara.
4. Lebih Nilai, Lebih Ketenangan
- Program Waranti Lanjutan (EWP) Percuma daripada tras untuk model terpilih
- Perlindungan Kemalangan Diri (PA) Percuma daripada insurans untuk ketenangan minda anda sekeluarga
Sorotan Tawaran Mengikut Jenama di Sahabat Autofest 2026
Berikut pecahan promosi eksklusif yang hanya sah dari 8 – 10 Mei 2026 di ibu pejabat EON, Glenmarie:
- Proton: Faedah 0.94 peratus melalui tras. Program waranti lanjutan (EWP) percuma untuk X50 dan S70 3-silinder. Perlindungan kemalangan diri (PA) percuma untuk Saga, X70 4-silinder, X90 facelift
- Diskaun 5 peratus pada hujung minggu dengan waktu operasi dilanjutkan: Sabtu 8.30am – 6pm, Ahad 8.30am – 5.30pm
- Proton e.MAS: Rebat sehingga RM4,000. Faedah 1.38 peratus* daripada tras. Hadiah setiap pandu uji. Berpeluang menang jongkong emas dan pakej percutian ke Australia untuk dua orang
- smart: Penjimatan unit bebas cukai sehingga RM30,000. Faedah 1.71 peratus daripada tras. H
- adiah tempahan: Kamera pemuka (dashcam) 70mai siap pasang. Pengecas dinding (wallbox) percuma bernilai RM3,200
- Volkswagen: Rebat sehingga RM72,000. Penyelenggaraan percuma lima [5] tahun termasuk caj buruh dan alat ganti
- Faedah 1.31 peratus daripada tras. Model baharu dari RM179,990*. Hadiah: Volkswagen x Montigo ditandatangani atlet Olimpik negara, Datuk Azizulhasni Awang
- Hyundai: Penjimatan segera sehingga RM36,000*. Waranti lapan [8] tahun / 160,000km. Yuran tempahan rendah
- Audi: Rebat sehingga RM81,000. Penyelenggaraan percuma lima [5] tahun. Faedah 0.77 peratus daripada tras. Pandu uji dan menang tiket Formula Satu (F1) GP Singapura
- Hadiah: Barangan F1 x Audi ditandatangani bekas pelumba F1 negara Alex Yoong, baucar Park Hyatt KL dan kotak penyerahan
- Mitsubishi: Rebat Triton sehingga RM19,000 untuk varian ATP, Xpander RM5,000. Faedah 2.17 peratus. PA percuma bernilai RM1,000. EWP percuma untuk Triton dan Xpander. Diskaun 5 peratus* hujung minggu, Sabtu 8.30am – 6pm, Ahad 8.30am – 5.30pm
- Isuzu: Terokai D-Max 2.2L Turbo Diesel serba baharu. D-Max Single Cab pertama di Malaysia dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Pakej Aksesori Premium Eksklusif. Rebat pelanggan berulang hingga RM2,200. Servis berkala percuma hingga 20,000km*
Lebih daripada Sekadar Jual Beli Kereta
EON & Sahabat Autofest 2026 direka sebagai acara keluarga. Alami sendiri pengalaman automotif paling lengkap:
- Bidaan kereta terpakai secara langsung: Dapat harga terbaik untuk trade-in atau beli unit pra-milik
- Pandu uji dengan ganjaran menarik: Setiap sesi pandu uji pelbagai jenama ada hadiah
- Zon kelulusan ganjaran: Tebus ganjaran eksklusif sebaik sahaja pinjaman anda lulus
- Aktiviti keluarga, dan zon kanak-kanak: Hiburan untuk seisi keluarga sementara anda berurusan
- AVIS: Diskaun kereta sewa sehingga 40 peratus* untuk tempahan 1 – 30 Mei, sewaan 2 Mei – 31 Disember 2026
- INSURANS: Perbaharui insurans dengan EON Insurance dan berpeluang memenangi rantai emas, baucar percutian / taman tema, barangan eksklusif, dan TNG eWallet RM50
- AUTOSPA: Promosi perincian kereta (water wax, polish & body coating). Kombo kamera pemuka 70mai + karpet lantai Dodo. Diskaun aksesori hingga 40 peratus, termasuk filem gelap, PPF dan balutan badan
Maklumat Acara EON & Sahabat Autofest 2026
- Tarikh: 8 – 10 Mei 2026, Jumaat hingga Ahad
- Lokasi: Ibu pejabat EON, Glenmarie
- Masa: Jumaat 11 pagi – 7 malam | Sabtu: 11 pagi – 10 malam | Ahad: 11 pagi – 7 malam
Acara tahun lalu membuktikan EON & Sahabat Autofest sebagai platform automotif dengan trafik tinggi, capaian media kukuh dan peluang penjenamaan terbaik. Tahun ini (2026), EON membawa lebih banyak jenama, lebih banyak stok, dan lebih banyak sebab untuk anda hadir.
EON & Sahabat Autofest – Destinasi Impian Automotif
Jangan lepaskan peluang tiga hari itu untuk mendapatkan penjimatan bernilai puluhan ribu ringgit, kadar faedah terendah, dan bawa pulang Proton e.MAS 7 atau Modenas Ninja 250 ABS.
* Semua promosi tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut dan pra-pendaftaran, layari laman web rasmi EON atau tekan pautan ⏩️ SINI sekarang.
** Daftar awal untuk elak barisan panjang di EON & Sahabat Autofest 2026!**



























