Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Carnival (2020) dengan Penampilan Ala SUV dan Pilihan Enjin Diesel, Petrol
Roda4

Kia Carnival (2020) dengan Penampilan Ala SUV dan Pilihan Enjin Diesel, Petrol

Abang HirataBy Abang Hirata30/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN Pelbagai Guna (MPV) sebenarnya adalah satu segmen yang mudah diterima di kebanyakan pasaran di dunia. Sama ada di Amerika Syarikat (AS), Jepun, Australia, Indonesia atau Malaysia, pengguna memerlukan kenderaan jenis ini.

Di AS, saingan MPV sengit dengan pengguna ditawarkan pelbagai jenis model sama ada dari jenama AS sendiri atau jenama Asia seperti Honda, Toyota dan Kia. Sifir keperluan MPV mudah dan sama seperti dahulu, jumlah penumpang yang boleh dibawa bersama. Jika sebelum ini pengguna ditawarkan dalam bentuk van, sekarang sudah berubah dengan MPV yang lebih mewah dan canggih.

BACA >>> #PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

Terbaharu, Kia memperkenalkan Carnival generasi keempat dengan terma berbeza iaitu Grand Utility Vehicle. Sebelum itu, Carnival generasi pertama atau Naza Ria popular di negara kita dengan generasi ketiga turut ditawarkan di pasaran tempatan.

Berikut ialah perincian Kia Carnival generasi keempat:

Rekabentuk Luaran

  • Dibina berasaskan platform saiz sederhana Kia yang menawarkan lebih ruang berbanding model dahulu.
  • Rekabentuk diilhamkan daripada model kenderaan utiliti sukan (SUV). Sekali pandang nampak seperti SUV yang dipanjangkan.
  • Berbanding model dahulu, MPV ini mempunyai unjuran (overhang) depan lebih pendek, bahagian bawah pilar-A dianjak ke belakang untuk bonet lebih panjang.
  • Jarak roda 3,090mm (+30mm), lebar 1,995mm (+10 mm), panjang keseluruhan 5,155mm (40mm), unjuran belakang 1,130mm (+30mm).
  • Bahagian tepi ringkas dengan satu garisan karakter dan gerbang roda mengembang.
  • Rekaan bumbung pulau (island roof) dengan pilar-A dan pilar-B dihitamkan. Pilar-C seperti sirip dengan warna krom dan corak berlian kabur.
  • Rekaan hidung harimau selebar kenderaan dengan lampu siang (DRL) LED, lampu utama dan gril disatukan.
  • Bahagian belakang tampil bersahaja dengan lampu selebar kenderaan. Gaya SUV ditonjolkan melalui plat skid pada bampar.
  • Tiga saiz rim aluminium: 17, 18 dan 19 inci mengikut spesifikasi.

Rekabentuk Dalaman

  • Direka menggunakan konsep Spatial Talents yang menawarkan teknologi tinggi, menenangkan dan persekitaran bergaya yang ideal untuk perjalanan keluarga.
  • Rekabentuk papan pemuka dengan skrin panoramik yang menggabungkan teknologi dua skrin infotainment dan kawalan sentuh haptik.
  • Bergantung pada pasaran, ada tiga atau empat baris tempat duduk dengan ruang untuk tujuh, lapan atau 11 penumpang.
  • Kerusi penumpang belakang boleh dipusingkan kepada bentangan berdepan.
  • Lebih ruang untuk penumpang baris ketiga.
  • Varian 7-kerusi mempunyai kerusi Premium Relaxation Seat untuk penumpang barisan kedua.
  • Jika kerusi barisan pertama digunakan, saiz ruang belakang seluas 2,905 liter (VDA, jenis kerusi tiga barisan).
  • Ruang belakang kerusi barisan ketiga mempunyai kapasiti 627 liter (sehingga barisan atas penyandar kerusi).

Rangkaian Kuasa

  • Ada tiga pilihan jenis enjin petrol dan diesel.
  • Paling berkuasa, 3.5L GDi V6 (291hp, 355Nm).
  • 3.5L MPi V6 (269hp, 332Nm).
  • 2.2L Smartstream diesel. Bakal ditawarkan untuk banyak pasaran global dan antara enjin diesel paling bersih pernah dihasilkan Kia dengan kuasa 199hp, 440Nm.
  • Semua enjin dipadankN bersama transmisi automatik 8-kelajuan.

Teknologi Keselamatan

  • Bergantung pasaran, dilengkapi teknologi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS). Antaranya ialah:
    • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Berdepan (FCA) dengan pengesanan kereta, pejalan kaki dan penunggang basikal.
    • Bantuan Laluan Susur (LKA), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA), Bantuan Had Kelajuan Pintar (ISLA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW), Monitor Pandangan Titik Buta (BVM).
    • Bantuan Lampu Puncak (HBA), Kawalan Jelajah Pintar (SCC) atau SCC berasaskan navigasi (NSCC).
    • Bantuan Ikut Laluan (LFA), Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (HDA), Monitor Pandangan Keliling (SVM), Monitor Pandangan Belakang.
    • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Trafik Belakang (RCCA), Amaran Jarak Meletak Kenderaan (PDW) depan dan belakang.
    • Tambahan baharu, Bantuan Keluar Dengan Selamat (SEA). Menghalang pintu gelungsur belakang dari terbuka dan penumpang muda keluar apabila sistem mengesan kenderaan menghampiri dari belakang atau sudut bertentangan.
    • Sistem Brek Berbilang Pelanggaran (Multi-Collision Brake System), mengelak penambahan kerosakan akibat pelanggaran kali kedua.
    • Standard dengan Pengurusan Penstabilan Kenderaan (VSM), Kawalan Penstabilan Elektronik (ESC) dan sehingga tujuh beg keselamatan.

Carnival (2020) baharu sudah pun mula dijual di Korea Selatan dan sejumlah pasaran global Kia akan menyusul dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Ramai positif Carnival (2020) akan dibawa masuk ke pasaran tempatan berdasarkan pakej model itu sebagai MPV yang bagus dan boleh mendapat perhatian umum asalkan kena pada harga. Carnival generasi ketiga yang dijual sekarang sudah pun menawarkan pakej  nilai bagus dan kami memang teruja mahu mencuba Carnival baharu ini kerana menawarkan saiz lebih besar.

Jika kena pada harga, populariti Carnival atau Naza Ria tidak mustahil berulang semula.

BACA >>> Kia Sorento, Sportage Lama Kekal Laku Keras di AS Sepanjang Julai 2020

GALERI
Kia Carnival
Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Kia Kia Carnival MPV SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lepas L6 Masuk UK, Bila Giliran Malaysia?

    17/04/2026
    Auto Terkini

    Syarat MITI Terhadap BYD Cetus Kebimbangan, Pelaburan Di Perak Terjejas?

    17/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Pakar: Harga Bahan Api Naik Mampu Percepat Peralihan EV

    17/04/2026
    Auto Terkini

    JPJ Tawar Nombor Pendaftaran ‘P-P’ Sempena Ulang Tahun ke-80!

    17/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.