Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!
Auto Terkini

Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

Abang HirataBy Abang Hirata13/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PASARAN trak pikap Malaysia bagi bulan April 2026 terus memperlihatkan penguasaan Toyota Hilux yang sukar digugat. Meskipun pasaran berdepan dengan lonjakan harga bahan api, Hilux membuktikan kredibilitinya apabila kekal konsisten sebagai model paling laris dalam segmennya.

Bagi pencinta trak pikap dan pemilik perniagaan, Hilux kekal sebagai kenderaan kerja mutlak atau pilihan wajib.  Ini sekali gus membuktikan statusnya sebagai Raja Pikap Malaysia meskipun berdepan tekanan ekonomi semasa.

Prestasi Pendaftaran Toyota Hilux April 2026

Toyota Hilux mencatatkan angka pendaftaran sebanyak 1,804 unit pada April 2026. Angka ini bukan sahaja menunjukkan peningkatan berbanding Mac (1,749 unit), malah direkodkan ketika harga diesel B10 dan B20 melonjak RM6.72 seliter.

Berikut adalah prestasi pendaftaran bulanan Toyota Hilux bagi tempoh Januari hingga April 2026:

  • Januari: 1,338 unit
  • Februari: 1,677 unit
  • Mac: 1,749 unit
  • April: 1,804 unit
  • Jumlah Terkumpul (YTD April): 6,568 unit

Angka tersebut menunjukkan pendaftaran Hilux tidak menurun tetapi meningkat setiap bulan!

Penguasaan Mutlak Segmen Trak Pikap

Pendaftaran Hilux sebanyak 1,804 unit pada bulan April adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding gabungan ketiga-tiga pencabar utamanya.

Data pendaftaran pikap terpilih bagi bulan April 2026:

  • Isuzu D-Max: 462 unit
  • Ford Ranger: 188 unit
  • Mitsubishi Triton: 181 unit
  • Gabungan Pesaing: 831 unit

Jualan yang jauh meninggalkan pesaing membuktikan Toyota berjaya mencipta reputasi, tanggapan dan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap Hilux.

Harga Diesel Cecah RM6.72

Harga diesel Semenanjung Malaysia

Bulan April 2026 menyaksikan turun naik harga bahan api yang sangat ekstrem. Berdasarkan data data.gov.my, berikut adalah perincian harga diesel B10/B20 dan bantuan kerajaan sepanjang bulan tersebut:

  • 2 April – 8 April: RM6.02 seliter.
  • 9 April – 15 April: RM6.72 seliter.
  • 16 April – 22 April: RM5.97 seliter.
  • 23 April – 29 April: RM5.12 seliter.

Bantuan tunai BUDI Madani telah dinaikkan kepada RM400 sebulan. Suntikan tambahan RM100 ini telah dikreditkan ke akaun penerima bermula pada 21 April 2026.

Statistik Kedudukan Jenama Teratas (YTD April 2026)

Penguasaan pasaran automotif Malaysia setakat empat bulan pertama tahun 2026 menunjukkan pengeluar dari China sudah pun berjaya mengatasi pesaing dari Jepun.

Pengeluar tempatan pula bermain di liga sendiri dengan Perodua selesa di atas namun Proton sedang giat mengejar.

  1. Perodua: 106,298 unit
  2. Proton: 66,420 unit
  3. Toyota: 31,254 unit
  4. Honda: 17,566 unit
  5. Chery (termasuk sub jenama Omoda/Jaecoo dll): 10,700 unit
  6. Mitsubishi: 4,637 unit
  7. Mazda: 3,767 unit
  8. BYD: 3,674 unit
  9. Mercedes Benz: 2,952 unit
  10. Jetour: 2,877 unit

Sumber Data: data.gov.my, paultan.org

angka jualan Toyota Toyota Hilux
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.