Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Memang Senyum Lebar Dapat Pandu VW Tiguan Allspace R-Line
Pandu Uji

#PanduUji: Memang Senyum Lebar Dapat Pandu VW Tiguan Allspace R-Line

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/05/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA mendakwa, kebanyakan model kenderaan utiliti sukan (SUV) berkongsi trend tipikal yang sama, iaitu nampak saja cantik dan segak luaran, tetapi membosankan apabila dipandu. Benarkah?

Tanpa bersifat prejudis atau pro terhadap mana-mana jenama, saya mengakui bukan semua SUV itu hambar. Antara bukti terbaik ialah model yang saya pandu uji ini, Volkswagen Tiguan Allspace R-Line.

BACA >>> Volkswagen Tiguan Allspace R-Line (2021) Kini Ada Port USB-C
BACA >>> SUV 7-Kerusi Volkswagen Tiguan Allspace Lancar di Malaysia, Harga Mula RM165k!

REKABENTUK

Pandangan peribadi saya, bahasa rekabentuk Tiguan Allspace R-Line agak berbeza berbanding mana-mana famili R dalam Volkswagen. Setiap aspek luaran seperti  set bampar hingga muncung ekzos lebih menekankan elemen moden, mewah dan matang.

Rupa depan tampak agresif menerusi rekaan lampu utama dan gril, manakala bahagian sisi dan belakang lebih lembut dan sederhana. Boleh dianggap sudah memadai untuk profil sebuah SUV kerana minimalis tidak semestinya hambar.

KABIN

Duduk di kerusi pemandu, penulis merasakan setiap aspek binaan Tiguan Allspace R-Line membantu mata memberi fokus sepenuhnya kepada pemanduan.

Bentuk kerusi sport dengan balutan material kulit Vienna, selesa mendakap tubuh dan membantu memposisikan badan untuk mendapatkan kawalan pemanduan terbaik. Kerusi boleh dilaras semudah menekan butang tetapan kecuali perehat kepala yang perlu dibuat manual.

BACA >>> Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line Edition, Wagon Edisi Khas 2,000 Unit Sahaja

Semua butang kawalan untuk akses unit infotainment, sama ada pada skrin sentuh atau stereng, tetapan penyaman udara, atau konsol gear mudah dicapai tangan, sekali gus membuktikan Volkswagen sangat mementingkan aspek ergonomik dan praktikaliti pemandu.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kabin Kereta Macam Sauna? Buat 5 Tip Ini untuk Kurangkan Panas!

Ruang kabin nampak muram dengan penggunaan skema warna hitam kelabu. Mujurlah ada latar pencahayaan tirus pada sil dan panel pintu yang menyerikan ruang dalaman. Juga ada sulaman lencana R Line pada kerusi pemandu dan penumpang depan sebagai ciri eksklusif siri R, yang turut tertera pada sil pintu dan stereng.

Ada tujuh kerusi dalam kabin. Lima kerusi pada tempat duduk barisan pertama dan kedua cukup selesa untuk penumpang dewasa, manakala dua kerusi di barisan ketiga sesuai untuk kanak-kanak, atau penumpang bertubuh kecil, atau boleh juga direbahkan untuk meluaskan ruang but belakang.

Penyaman udara tiada masalah mengalirkan udara sejuk ke seluruh ruang kabin dengan tambahan ventilator di tempat duduk barisan kedua. Suhu juga boleh dilaraskan mengikut keperluan penumpang.

Ruang dalaman agak luas, terutama kelegaan bahu, kepala dan kaki. Agak sukar mencari kelemahan atau mempertikaikan aspek keselesaan dan keluasan kabin Tiguan Allspace R-Line.

Luas kargo boleh dipertingkat dengan merebahkan tempat duduk barisan ketiga dan kedua apabila memerlukan. Jika ketiga-tiga barisan kerusi tidak direbah, kapasiti but belakang cuma 230 liter, dan boleh ditambah kepada 700 liter (jika barisan ketiga dilipat) dan 1,775 liter (jika baris kedua dan ketiga dilipat).

PRESTASI

Seperti dijangka bagi sebuah produk berlencana R, karakter pemanduan SUV ini sememangnya tidak mengecewakan. Aspek hantaran kuasa, daya pecut dan kestabilan pemanduan cukup impresif.

Stereng lembut, ringan dan mudah dikendali sama ada memandu perlahan atau sederhana laju. Jangan bimbang, respons stereng agak tepat dan tajam walaupun ketika memecut yang pasti ada kaitan dengan sistem pemanduan semua roda dipanggil Volkswagen sebagai 4Motion.

Mod pemanduan boleh diubah semudah memusing tombol sebelah kiri pemandu. Anda boleh pilih mod Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual, ataupun buat tetapan sendiri.

Anda juga boleh bermain gear manual + dan -) sama ada menggunakan pedal syif di sebalik stereng atau tombol gear untuk menikmati pemanduan lebih sporty yang bukan hanya menekan pedal semata-mata. Sebelum terlupa, Tiguan Allspace R-Line menggunakan sistem transmisi DSG 7-kelajuan.

Jangan terkejut, SUV ini tidaklah terlalu dahagakan petrol. Setangki penuh mampu dipandu hingga 600km dengan isian RM100 untuk petrol RON95. Menarikkan?

Walaupun terdengar juga ngauman enjin menjengah ruang kabin, tetapi masih bukan masalah besar kerana sekurang-kurangnya mampu menambah mood keseronokan memandu.

BACA >>> #PanduUji: Hyundai Kona – SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!
BACA >>> #Videotomotif: Apa Kata Abang Gan Selepas Tengok Proton X50?

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pandu uji Roda4 SUV Volkswagen Volkswagen Tiguan Allspace R-Line
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    Protected: EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    04/05/2026
    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

    29/04/2026

    1 Comment

    1. Perodua on 28/07/2021 16:37

      Memang best VW Tiguan Allspace R-Line ni

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.