Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam24/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEMBAR Perodua Traz – Toyota Yaris Cross kini rasmi membuka tempahan di Malaysia.

Model itu bermula dengan tanda harga anggaran RM99,900 bagi varian petrol Yaris Cross 1.5S, dan RM109,900 untuk varian 1.5S Hibrid.

Ini menjadikan varian lebih tinggi dan lebih premium daripada UMW Toyota Motor berbanding jenama tempatan.

Spesifikasi Lebih Padu daripada ‘Kembar’

Kedua-dua varian datang dengan pakej agak lengkap dari segi teknologi dan keselesaan.

Antara ciri utama ialah kluster instrumen TFT LCD 7 inci dengan spidometer digital LED, unit infotainmen 10.1 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto wayarles, rim 18 inci dwi-tona, serta sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB).

Turut melengkapkan pakej itu ialah lampu ambien kabin untuk sentuhan lebih premium dalam kabin.

Hibrid Lebih ‘Loaded’

Untuk varian Hybrid, ada beberapa tambahan ekstra:

  • Pengecas wayarles (standard)
  • Lebih menumpukan kecekapan bahan api
  • Untuk varian petrol, penlgecas wayarles ditawarkan sebagai pilihan sekitar RM380

Kedua-dua varian juga boleh ditambah:

  • Perakam video digital (DVR) belakang – RM380

Enjin 1.5L Berkuasa 106hp, tork 138Nm

Walaupun spesifikasi rasmi Malaysia belum diumumkan sepenuhnya, kita sudah boleh menjangka berdasarkan model Indonesia.

Varian petrol dijangka dijana enjin 4-silinder aspirasi natural (NA) 1.5L dengan output kuasa 106hp, dan tork 138Nm

Transmisi automatik CVT dijangka menjadi standard untuk kedua-dua varian.

Versi Hybrid pula menggunakan enjin kitaran-Atkinson yang lebih efisien, digabungkan dengan motor elektrik.

Model Asean, Bukan Spesifikasi Eropah

Bagaimanapun, Toyota Yaris Cross yang masuk Malaysia adalah versi  spesifkasi Asean, berbeza berbanding model pasaran Eropah dari segi rekabentuk dan platform.

Model itu mula debut global di Indonesia pada 2023 dan sudah beberapa kali kelihatan diuji di jalan Malaysia sebelum ini.

Waranti, Pakej Servis

Toyota Malaysia menawarkan pakej waranti lima [5] tahun, dengab perbatuan tanpa had, berserta dua pilihan pakej servis:

  • Tiga [3] tahun / 60,000km – RM2,350
  • Lima [5] tahun / 100,000km – RM3,650

Varian Hybrid ditawarkan:

  • Waranti bateri lapan [8] tahun
  • Boleh dilanjutkan hingga 10 tahun (RM2,500)

Patut Tunggu?

Pada harga bermula serendah bawah RM110,000, spesifikasi lengkap dan pilihan hibrid, Toyota Yaris Cross nampak seperti pakej menarik buat pembeli kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B tempatan.

Persoalannya, adakah cukup kuat untuk mencabar model sedia ada dalam segmen tersebut?

ASEAN Auto Terkini Roda4 SUV segmen-B SUV subkompak Toyota Yaris Cross UMW Toyota Motor Yaris Cross
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.