• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Tayang K8 Serba Baharu dengan Rekabentuk Ilham Kapal Layar Mewah Termaju

Kia Tayang K8 Serba Baharu dengan Rekabentuk Ilham Kapal Layar Mewah Termaju

February 19, 2021 By AO Leave a Comment

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA memperkenalkan K8 dengan rekabentuk serba baharu lebih menonjol, juga model pertama jenama itu yang tampil dengan logo baharu.

K8 akan menggantikan K7 generasi kedua, juga dipanggil Cadenza di Amerika Syarikat (AS), dan disahkan akan dilancarkan di Korea tahun ini, tetapi belum menetapkan pasaran negara lain yang akan menerima model berkenaan.

Rupa depan K8 masih mengekalkan konsep gril 'hidung harimau' tetapi dengan gaya baharu tanpa bingkai dalam bampar yang kelihatan seperti satu unit bersepadu. Gaya baharu ini jelas berbeza berbanding model Kia lain. Rekabentuk kekisi gril direka unik dengan rekaan berlian silang, dan rekaan sama turut direka pada lampu signal belok.

Rekabentuk badan menampilkan garis karakter dinamik yang mengambil ilham 'kapal layar menyeberang air tenang'. Rekabentuk tersendiri itu diteruskan lagi pada bahagian belakang menerusi lampu belakang LED horizontal yang melintang sepanjang pintu but hingga penjuru bampar.

Menurut Kia, K8 direka dengan inovasi dan keanggunan. Luaran progresif memberikan karakter dan emosi menerusi gabungan kualiti dengan rupa depan ekspresif dan belakang dinamik. Ini secara langsung menyerlahkan ia sebagai sedan berkualiti tinggi, dan premium yang mengambil inspirasi kapal layar termaju.

 

Kia belum lagi mendedahkan imej dalaman K8, termasuk spesifikasi teknikal. Menurut pengeluar dari Korea itu, sedan saiz penuh tersebut akan menumpukan kepada prestasi dinamik, kualiti premium dan moden. Perincian lengkap akan didedahakn beberapa bulan akan datang.

BACA >>> Hyundai i20 N Line (2021) Lancar dengan Gaya Lebih Sporty, Dua Pilihan Enjin
BACA >>> Kia K5 dan Sorento Menang Anugerah Good Design

Artikel Berkaitan

156
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Full-Size Sedan, Kia, Kia Cadenza, Kia K8, Kia K8 (2021) Serba Baharu, Kia USA, Sedan, sedan saiz penuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
    #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
  • #TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?
    #TahukahAnda: Kenapa Indikator Suhu Kereta Moden Bukan Lagi Jarum Analog?
  • Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
    Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
  • Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!
    Perodua Ativa Sah Lancar 3 Mac Ini, Pecut 150kmj Masih Steady!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my