Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
Autotainment

#TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/04/202015 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASALAH cagak atau mounting enjin sangat jarang berlaku kepada kereta baharu, dan biasanya menimpa kereta berusia lima tahun atau sudah dipandu 100,000km. Juga bergantung kepada gaya pemanduan anda.

Mounting enjin rosak yang tidak segera dibaiki boleh menyumbang kepada masalah kerosakan yang lebih besar. Jadi, jangan ambil mudah!

Contoh mounting enjin Perodua Myvi generasi 1

Mounting enjin adalah komponen penting yang berfungsi memegang enjin pada casis. Simptom kerosakan hanya akan mula muncul disebabkan faktor usia, yang dipanggil haus dan lusuh (wear and tear). Apapun, ia juga bergantung kepada cara pemanduan atau kondisi tempat anda memandu seharian. Lagi kasar anda memandu, atau lagi teruk permukaan jalan tempat anda memandu, maka mounting enjin akan cepat haus dan rosak.

Secara normal, jangka hayat mounting enjin dapat bertahan sekurang-kurangnya lima tahun sebelum perlu menukar baharu. Namun, jika anda sudah mula rasa simptom kerosakan pada mounting, cepatlah bawa kereta anda diperiksa mekanik untuk ditukar.

Apakah simptom yang menunjukkan mounting enjin anda sedang rosak?

1. ENJIN BERGEGAR

Ini simptom biasa boleh dikesan sebagai tanda awal mounting enjin sudah longgar. Cara mengesan, apabila kereta dalam situasi lahu seperti berhenti di lampu isyarat, anda dapat rasa stereng bergegar kuat. Cuba pandang cermin sisi, jika imej yang anda lihat nampak gegaran ketara, maknanya sudah tiba masa mounting diganti baharu.

2. ALIGNMENT ‘LARI’

Apabila mounting sudah haus atau rosak, agihan berat enjin jadi tidak sama rata dan boleh menyebabkan penjajaran kereta  tidak tepat. Anda juga akan lebih kerap melakukan penjajaran tayar. Dalam jangka masa panjang, komponen tayar mula terbeban.

3. GEAR GEGAR, TAK CEKAP

Mounting enjin terdiri daripada beberapa bahagian berasingan. Salah satunya terletak berhampiran kotak gear. Jika mounting tidak berfungsi baik, ia secara langsung akan menjejaskan kotak gear dan mampu merosakkan komponen itu. Apabila meletakkan tangan atas tombol gear, anda dapat rasa ia bergegar kuat.

Sebagai makluman, kotak gear adalah antara komponen paling mahal jika perlu diganti.

BACA >>> #BikinMotor: Enjin Standard, Tapi Ubah Suai Honda Wave 110 Ini Bernilai RM37k!

4. KOMPONEN ENJIN

Jika salah satu  komponen mounting rosak, ada bahagian enjin akan terjejas dan tidak lagi stabil. Ini menyebabkan kerosakan enjin, termasuk tali sawat, hos dan lain-lain. Anda hanya akan menyedari kerosakan itu apabila ada komponen enjin rosak.

5. BUNYI BISING, DETAR MELAMPAU

Selain bunyi bising enjin melampau, anda akan mula mengalami simptom komponen detar (rattling) sekitar kereta. Situasi semakin hari akan jadi bertambah buruk hingga terasa seperti memandu kenderaan berat. Masalah jadi bertambah rumit apabila anda mula terdengar bunyi detar dari belakang atau dalam kereta disebabkan agihan berat tidak seimbang.

BACA >>> #TahukahAnda: Mounting Enjin Haus, Rosak Punca Kereta Gegar?

SUMBER: Auto.my

 

autoterkini Engine Mounting enjin Enjin Gegar Kereta Gegar Mounting Enjin Stereng Gegar TahukahAnda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    07/07/2026

    15 Comments

    1. Amin on 25/06/2020 16:27

      Kereta honda odc rb1 sya..kadang2 rasa bergegar dibhgian pedal minyak…apakah puncanya….

      Reply
    2. Kamal on 30/06/2020 08:10

      Tuan…kereta honda city model z 2003 saya, bila berhenti dgn gear D….Akan jadi bergegar.,..tetapi bila gear berkedudukan N atau P…tak ada bergegar pulak. Begitu jugak semasa memandu tiada gegaran cuma sekali sekali ingine macam meraum jugak.
      boleh bagi pandangan dan nasihat APA sebab Dan APA perlu saya lakukan.

      Reply
    3. Saliza on 21/11/2020 23:13

      Hai.. tuan nk tanya.. tadi sy perasan yg enjin kereta bergegar dan enjin mcm tk pickup sikit. Bila reversed bergegar..

      Reply
      • AO on 22/11/2020 11:05

        Mungkin engine mounting

        Reply
    4. Ayie on 14/12/2020 21:13

      waja mmc tahun 2000 masa parking atau gear N macam tersentak sentak…..kenapa yek ?

      Reply
    5. Mohd izwan on 07/05/2021 13:10

      Tn. Mohon diberi pendapat. Starex sy bila berhenti di trafic light akan jdi bergegar seluruh kete dlm keadaan D. Bila sy tukar N baru x bergegar. Ap masalah ye tn. Sy pon dah pening dgn keadaan bergegar mcm ni. Kete tahun 2012.

      Reply
    6. Perodua on 23/07/2021 15:30

      Betul tu, Tak boleh ambil mudah bab mounting ni. Keluar kos tinggi kalau dibiarkan

      Reply
    7. Roslizawati ishak on 09/09/2021 12:15

      Gear satu dua pickup ok.. Perasan bila gear tiga seterusnya mcm xpickup gear.. Jadi berat bunyi bising masa memandu

      Reply
    8. Duke on 24/09/2021 14:12

      Kamal : cuba check spark plug atau cable selain mounting.

      Reply
    9. mohd nasir on 03/04/2022 13:44

      nissan sentra manual………… dalam kelajuan gear 5 drop tiba tiba semacam bunyi geseran …. tolak balik ke gear 5 kereta ok balik……..dan kita tekan minyak macam nak memotong ke….kena pegang tombol gear …..klau tak pegang …gear akan drop sendiri…..ape masalah bos

      Reply
    10. azman on 18/07/2022 10:42

      Tuan, dashboard macam ada komponen yang bergetar. dah letak felt silencer tapi still tak jalan. stereng macam ada gegar, tapi minor. adakah mounting enjin ni buat part plastik dekat dashboard kereta saya bergegar? saya pakai honda civic fd

      Reply
    11. Rizal on 17/08/2022 10:10

      Sama simtom, high rpm dashboard bising..steering saya pun gegar tapi minor. Silencer pad pun dah penuh letak dekat area plastik part. Adakah mounting issue? Mohon pencerahan tuan

      Reply
    12. Baskar on 26/10/2022 20:45

      Hi… My Nissan almera year 2015 got sound liked tuck when start and off engine… Can I know what is the problem..

      Reply
    13. Saleh on 04/01/2023 17:30

      Asal xde response frm tuan acc???? Buat penat je korang tanya! At least jawab la satu yg ada soalan yg sama… aku nk tanya Tp tgk ramai dia x jawab!!!!! Sighhhhhh

      Reply
      • Azhan O on 03/02/2023 19:51

        Baiklah

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.