Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kia Sorento (2023) Versi CKD Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM211k!
Roda4

Kia Sorento (2023) Versi CKD Lancar dalam Tiga Varian, Harga Mula RM211k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELEPAS penantian dua bulan, Dinamikjaya Motors akhirnya melancarkan generasi keempat Kia Sorento (2023) versi pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Malaysia pada harga serendah…

Kia Sorento (2023) ialah model kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam segmen-D yang dihasilkan di kilang pengeluaran Inokom di Kulim, Kedah.

BACA >>> Kia Sorento (2023) dalam Pilihan Enjin Petrol, Diesel Buka Tempahan, Harga Anggaran RM220k
BACA >>> Ketua Pereka Kia, Karim Habib Kini Naik Pangkat Naib Presiden Eksekutif

Berikut perincian SUV tersebut:

HARGA KIA SORENTO CKD 2023

  • Kia Sorento 2.5L 2WD 7-Seater: RM211,498.40
  • Kia Sorento 2.5L AWD 6-Seater: RM235,498.40
  • Kia Sorento 2.2L Diesel AWD 6-Seater: RM255,228.80

* Harga atas jalan untuk pasaran Semenanjung, pendaftaran persendirian, dan tanpa insurans.

KONFIGURAS KERUSI

Kia Sorento (2023) serba baharu ini didatangkan dalam dua konfigurasi tempat duduk iaitu:

  • 7-kerusi (2-3-2)
  • 6-kerusi (2-2-2)

DUA PILIHAN TRENKUASA

  • Enjin petrol aspirasi natural (NA) 4-silinder sebaris 2.5L DOHC Smartstream MPi berkuasa 177hp @ 6,000rpm dan tork 232Nm @ 4,000rpm. Transmisi automatik 6-kelajuan.
  • Enjin diesel 4-silinder sebaris 2.2L Turbo DOHC Smartstream CRDi berkuasa 199hp @ 3,800rpm dan tork 440Nm @ 1,750rpm-2,750 rpm. Transmisi dual klac (DCT) 8-kelajuan.

DUA PILIHAN SISTEM PACUAN RODA

  • Model asas Kia Sorento 2.5L petrol dengan 7-kerusi didatangkan dalam sistem pacuan dua roda (2WD).
  • Model pertengahan dan perdana, Kia Sorento 2.5L petrol dan 2.2L diesel pula menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD).

LIMA WARNA PILIHAN SORENTO 2023

  • Ada lima pilihan warna badan ditawarkan, iaitu Astra Blue (biru), Sonic Silver (perak), Jet Black (hitam), Snowflake White Pearl (putih) dan Meteor Grey (kelabu).

REKABENTUK KIA SORENTO CKD

  • Menampilkan lampu LED gril Tiger Nose yang mengelilingi lampu utama sebelah kiri dan kanan.
  • Lampu utama dipadankan dengan lampu siang (DRL) baharu Tiger Eyeline yang menguatkan imej depan agresif.
  • Profil depan diperkuat dengan ventilator ambilan udara lebih lebar bentuk segiempat tepat yang diposisikan lebih rendah, spoiler bawah bampar depan dengan plat skid.

  • Dimensi 10mm lebih tinggi dan jarak roda 2,815mm lebih panjang berbanding model lama.
  • Peningkatan saiz memberikan ekstra kapasiti ruang but. Pilar-A diposisikan 30mm lebih jauh dari gandar depan.
  • Ruang kabin dipertingkat, terutama aspek kualiti dan rekaan yang menambah baik efek premium dan keselesaan.

  • Antara kemasan digunakan ialah trim metalik, material kulit dan efek permukaan kayu.
  • Ada Sistem Pencahayaan Mood yang memaparkan lampu ambien lembut bawah trim pintu dan papan pemuka.
  • Juga dilengkapi pengecas wayarles di konsol tengah dan sistem audio BOSE.
  • Kluster instrumen 12.3 inci untuk pemandu dan unit infotainmen 10.25 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto di tengah papan pemuka. Juga ada sambungan Bluetooth.
  • Tambahan lain ialah empat port pengecas USB untuk penumpang baris kedua dan ketiga.

CIRI KESELAMATAN

Kia Sorento (2023) sarat dengan pelbagai ciri keselamatan termaju untuk membantu melindungi pemandu dan semua penumpang seperti berikut:

  • 6 beg udara SRS
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronikn (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Stabiliti Kenderaanl (ESC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Kawalan Brek Multi-Rempuhan (MCB)
  • Kawalan Bantuan Mula Daki (HAC)
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX

Kias turut melengkapkan ciri keselamatan tambahan kepada dua varian tertinggi SUV ini, seperti:

  • 2.5L Smartstream High:  Bantruan Lampu Suluh Tinggi (HBA), Amaran Rempuhan Titik Buta (BCW), Elak Rempuhan Titik Buta (BCA), Pemantau Pandangan Titik Buta  (BVM).
  • 2.2D Smartstream High: Bantuan Elak-Rempuhan Trafik Lintas Belakang  (RCCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA) , Amaran Perhatian Pemandu (DAW), Banrtuan Elak-Rempuhan Depan (FCA) dengan Belokan Simpang (Junction Turning), Bantuan Susur Lorong (LFA) dan Kawlan Jelajah Pintar (SCC) dengan ciri Henti & Gerak (Stop & Go).

BACA >>> Kia K5 dan Sorento Menang Anugerah Good Design
BACA >>> Kia Carens Baharu Raih Anugerah Kereta Terbaik India (ICOTY) 2023!

Dinamikjaya Motors Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Sorento (2023) CKD Kia Sorento 2023 Kia Sorento CKD Roda4 SUV segmen-D
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.