• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Sorento (2023) dalam Pilihan Enjin Petrol, Diesel Buka Tempahan, Harga Anggaran RM220k

Kia Sorento (2023) dalam Pilihan Enjin Petrol, Diesel Buka Tempahan, Harga Anggaran RM220k

January 18, 2023 By Sharil Leave a Comment

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGEDAR rasmi kenderaan Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd mempamerkan kenderaan utiliti sukan(SUV) Kia Sorento (2023) untuk pasaran tempatan yang awalnya mahu dilancarkan hujung tahun lalu.

Kia Sorento (2023) serba baharu kini rasmi boleh ditempah dalam julat harga anggaran antara RM220,000 dan RM255,000.

BACA >>> Kia Sorento, Sportage Lama Kekal Laku Keras di AS Sepanjang Julai 2020
BACA >>> Kia Sorento (2020) Guna Enjin Hibrid 1.6L Turbo, Enjin Kecil Kuasa Besar

Model SUV dengan pilihan 6- atau 7-kerusi itu ialah model pemasangan tempatan (CKD) dari kilang di Kulim, Kedah dan dijangka dilancarkan suku pertama tahun ini.

Berikut ringkasan mengenai spesifikasi Kia Sorento (2023):

  • Didatangkan dalam dua susun atur tempat duduk. Pertama, konfigurasi asas 7-kerusi (2-3-2) dengan enjin petrol 2.5L Smartstream 2WD.
  • Kedua, konfigurasi 6-kerusi (2-2-2) dalam dua pilihan enjin, petrol 2.5L Smartstream AWD dan diesel 2.2L Smartstream AWD.
  • Kedua-dua varian enjin petrol Smartstream menghasilkan kuasa 177hp dan tork 232Nm, serta dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan.
  • Varian diesel 2.2L Smartstream menghasilkan kuasa 199hp dan tork 440Nm, serta dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan (8DCT) jenis basah.
  • Ruoa depan menampilkan rekaan signatur gril 'hidung harimau' (tiger nose) lebih lebar dengan lampu utama LED bersepadu setiap sisi, seiring konsep 'refined boldness'.

  • Dimensi lebih panjang, dengan anjur (overhang) depan dan belakang lebih pendek serta jarak roda lebih panjang.
  • Dimensi lebih tepat, panjang 4,810mm, lebar 1,900mm, tinggi 1,695mm (+5 mm untuk varian diesel), jarak roda 2,815mm dan jarak tinggi bumi 176mm.
  • Kualiti ruang kabin dipertingkat dengan paduan kemasan logam, upholsteri kulit dan permukaan efek kayu timbul serta dipadankan teknologi konektiviti, bantuan pemandu dan infotainmen.
  • Kluster instrumen digital 12.3 inci dan unit infotainment 10.25 inci. Turut disediakan ciri pengecas telefon pintar wayarles, sistem bunyi sekeliling Bose, dan konektiviti Apple Carplay dan Android Auto.
  • Maklumat lanjut Kia Sorento (2023) akan didedahkan tidak lama lagi.

BACA >>> Ketua Pereka Kia, Karim Habib Kini Naik Pangkat Naib Presiden Eksekutif
BACA >>> Kia Stinger Tribute Edition (2023), Hanya 1,000 Unit Dikeluarkan Sempena Tamat Pengeluaran

Artikel Berkaitan

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: CKD, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia Sorento 2023, Kulim Kedah, Malaysia, Roda4, Smartstream, SUV, Tempahan dibuka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike Retro Klasik Yamaha GT150 Fazer (2023) Lancar di China, Harga RM8.4k
    Sportbike Retro Klasik Yamaha GT150 Fazer (2023) Lancar di China, Harga RM8.4k
  • Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
    Skuter Advencer dari Sepanyol Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga Mula RM17k!
  • DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
    DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
  • Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih
    Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my