Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Khairul Idham Jalani Pembedahan Kedua untuk Pulihkan Jari Kelingking yang Dipotong
Auto Terkini

Khairul Idham Jalani Pembedahan Kedua untuk Pulihkan Jari Kelingking yang Dipotong

AryonBy Aryon14/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA negara, Khairul Idham Pawi menjalani pembedahan kedua bagi memulihkan kecederaan tangan kanannya ketika berlumba dalam kempen Moto2 mewakili pasukan Petronas Sprinta Racing.

Khairul Idham sudah terlepas lapan pusingan Moto2 berikutan kecederaan tangan di GP Sepanyol, Mei lalu. Dia asalnya dikhabarkan akan berlumba di GP Republik Czech selepas cuti musim panas lalu, tetapi kesakitan akibat kecederaan yang dialaminyasekali lagi menghalang dia untuk turun beraksi semula.

BACA >>> Juara Moto3 di Jerman, Khairul Idham Buktikan Diri ‘Raja Trek Basah’!

Dalam aksi GP Austria lalu, jentera Khairul Idham terpaksa diserahkan kepada Jonas Folger untuk dia pergi menjalani pembedahan kedua bagi memasukkan satu skru dalam tulang yang dibina semula pada jarinya itu. Pembedahan tersebut disempurnakan Dr Xavier Mir di Hospital Universitari Dexeus di Barcelona, Sepanyol.

“Kelingking KIP dipotong sedikit, tiga bulan lalu, dan setakat ini pemulihannya berjalan baik yang mana struktur vaskular jarinya itu sudah sembuh dengan baik.

“Sekarang pembedahan kedua akan membantu pembinaan semula tulang tersebut dengan membaiki tulang jari pada tempatnya,” kata Dr Mir.

Khairul Idham akan pulang ke Malaysia untuk meneruskan fasa pemulihan dan dijangka kembali mengasah tayar secepat mungkin sebaik saja cergas sepenuhnya, menurut pasukan Petronas Sprinta Racing.

BACA >>> Perjalanan Karier Khairul Idham Pawi – Siapakah Anak Muda Ini?

Folger dijangka terus jadi pengganti Khairul Idham hingga pelumba negara itu pulih sepenuhnya dan bersedia untuk kembali. Dalam aksi minggu lalu di Red Bull Ring, pelumba Jerman itu menamatkan saingan di kedudukan ke-18.

SUMBER: Crash.net

Dr Xavier Mir Khairul Idham Pawi KIP Moto2 Pawi Pembedahan Petronas Sprinta Racing sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.