Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perjalanan Karier Khairul Idham Pawi – Siapakah Anak Muda Ini?
Autotainment

Perjalanan Karier Khairul Idham Pawi – Siapakah Anak Muda Ini?

Abang GYLBy Abang GYL05/04/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Khairul Idham PawiSEBELUM ini mungkin ramai yang tidak mengenali siapa itu Khairul Idham Pawi. Sehinggalah ia mencipta kemenangan sensasi di Grand Prix Argentina pada 3 April lalu.

Bukan saja mencipta kejayaan, Khairul Idham Pawi atau dikenali SuperKIP menjadi pelumba Malaysia yang pertama menjuarai perlumbaan motosikal Moto3 Grand Prix, sukan permotoran paling prestij di dunia.

Khairul Idham PawiYa, anak muda kelahiran Kg Gajah, Perak itu tidaklah sepopular Jorge Lorenzo mahupun Valentino Rossi. Tetapi tidak mustahil ia akan berdiri sama hebat seperti mereka satu hari nanti.

Namun tidak ramai yang menyedari, kejayaan yang dicapainya hari ini mengambil masa yang lama. Bagi anda yang masih tidak tahu, Khairul Idham memulakan karier sukan permotoran pada usia 13 tahun.

Pelumba berusia 17 tahun itu membuat penampilan sulung di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dalam kategori Cabaran Honda Wave Junior. Ia mula menunjukkan bakatnya apabila berjaya mendominasi saingan dan bergelar juara keseluruhan.

Khairul Idham Pawi_Pandulajudotcomdotmy (8)Pada tahun berikutnya, Khairul Idham beralih ke kelas terbuka iaitu kategori Wira – perlumbaan khusus buat remaja berusia 13 hingga 17 tahun.

Pada tahun sama juga Honda meletakkan remaja itu beraksi di dalam saingan Asia Dream Cup, iaitu perlumbaan pengeluar Honda yang dijalankan serentak bersama Kejuaraan Motosikal Asia FIM.

Dalam tempoh dua tahun iaitu pada 2014, Khairul memahatkan namanya sebagai juara Asia Dream Cup selain muncul juara keseluruhan dalam kategori Wira Cub Prix.

Khairul Idham PawiMamasuki 2015, Khairul Idham mengorak langkah lebih jauh apabila dipilih membawa cabaran Honda Team Asia di Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia di Sepanyol selain beraksi Kejuaraan Cub Prix dalam kategori CP115.

Sehinggalah baru-baru ini, pelumba muda itu membuat penampilan pertamanya dalam saingan Moto3 Kejuaraan Grand Prix Dunia.

Khairul Idham Pawi

Khairul Idham Pawi    Khairul Idham Pawi

Kemenangan itu jelas meletakkan Khairul Idham sebagai pelumba pertama yang memenangi perlumbaan dunia dan juga pertama yang menghadiahkan podium buat pasukan Honda Team Asia.

Syabas Khairul Idham Pawi A.K.A SuperKIP. Kami di tim editorial Pandulaju sentiasa mendoakan kejayaan anda dan selamat maju jaya pada pusingan seterusnya.

Asia Dream Cup Grand Prix 2016 Jorge Lorenzo Jorge Lorenzo mahupun Valentino Rossi KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS Kejuaraan Motosikal Asia FIM Khairul Idham Pawi Moto3
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.