• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Juara Moto3 di Jerman, Khairul Idham Buktikan Diri 'Raja Trek Basah'!

Juara Moto3 di Jerman, Khairul Idham Buktikan Diri 'Raja Trek Basah'!

July 17, 2016 By AO 1 Comment

FacebookTwitter
Kredit Foto: MotoGP.com

PELUMBA negara, Khairul Idham Pawi (Honda Team Asia) nyata tidak mengecewakan apabila trek basah akibat hujan memberikan kelebihan buat anak muda ini untuk merangkul gelaran juara Moto3 buat kali kedua tahun ini.

Hujan kekal selepas sesi pemanasan di litar Sachsenring memaksa perlumbaan Kejuaraan Dunia Moto3 di GoPro Motorrad Grand Prix (GP) Deutschland berlangsung dalam kondisi litar basah. Situasi berkenaan langsung dieksploitasi sebaiknya Khairul Idham, 17, yang sebelum ini pernah menjuarai Moto3 di Argentina dalam kondisi perlumbaan sama, iaitu trek basah.

Hujan berterusan turun membuatkan mana-mana pelumba sedar mereka berdepan perlumbaan yang panjang dan sukar kerana perlu mengendalikan jentera dengan berhati-hati untuk mengelak keciciran mata.

TIDAK TERCABAR

Kredit Foto: Crash.net
Kredit Foto: Crash.net

Namun, tidak bagi Khairul Idham, pada akhir pusingan pertama, beliau yang bermula di petak ke-20 tidak mengambil masa lama untuk menempatkan dirinya di kedudukan ketujuh dan mula mencabar penunggang barisan hadapan sebaik saja masuk pusingan kelima.

Sama seperti skrip di Argentina, pada pusingan ke-14 aksi anak muda berasal Kampung Gajah, Perak itu tidak dapat disekat lagi dengan menerbangkan diri jauh ke hadapan dengan jarak 11.131 saat di kedudukan pertama. Langsung tidak tercabar, sungguh mengagumkan!

Khairul Idham ialah pelumba Malaysia pertama memenangi kejohanan motosikal GP. Lebih manis, kemenangan terbaru di Jerman itu mengubah reputasi beliau sebagai pelumba negara pertama memenangi dua kejuaraan GP. Tahniah Khairul Idham!

Kemenangan tersebut meletakkan Khairul Idham di kedudukan ke-10 keseluruhan daripada 40 pelumba Moto3 dengan mengumpul 54 mata. Pendahulu, Brad Binder masih lagi unggul di tangga teratas dengan 159 mata.

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, Khairul Idham Pawi, King of the wet, Moto3, MotoGP, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my