Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Walaupun Dicemuh Netizen, Suzuki S-Presso (2022) Laris di Indonesia
Roda4

Walaupun Dicemuh Netizen, Suzuki S-Presso (2022) Laris di Indonesia

Han OthmanBy Han Othman03/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DESAS-desus kehadiran Suzuki S-Presso (2022) di pasaran Indonesia sudah lama kedengaran, dan akhirnya model kei-car itu dilancarkan secara rasmi bulan lalu. Walaupun mendapat cemuhan netizen republik itu, jualan kereta bandar gaya crossover itu nyata memberangsangkan.

Suzuki Indomobil Sales (SIS) awalnya mensasarkan jualan sekitar 2,300 unit hingga akhir tahun ini, iaitu kira-kira 460 unit sebulan. Sebenarnya sasaran itu adalah tinggi buat model baharu berstatus import penuh (CBU) yang dikatakan tidak memenuhi cita rasa pembeli Indonesia.

BACA >>> Maruti Suzuki S-Presso Lancar di India, SUV Keicar Bawah RM30k
BACA >>> Suzuki UK Lancar Ignis Adventure dan Vitara Kuro Versi Edisi Khas

Namun, apa diperoleh Suzuki melebihi jangkauan.  Sepanjang Julai lalu, Suzuki menghantar 578 unit S-Presso kepada pengedar, manakala jualan Ogos mencatatkan 754 unit. Ini bermakna sudah 1,332 unit sudah dijual. Nampaknya, rekabentuk comel dan pilihan warna yang pelbagai, termasuk tawaran diskaun menarik minat pembeli di sana.

Jika angka jualan konsisten hingga akhir tahun, Suzuki mungkin dapat mengatasai sasaran awal jualan. Malah, model itu dikatakan tiada stok untuk varian tertentu.

S-Presso untuk pasaran Indonesia ialah model CBU dari India. Selain itu, SIS turut mengimport model Ignis dari negara Asia Selatan tersebut, tetapi tidak selaris S-Presso (2022).

Berikut spesifikasi Spresso (2022) versi Indonesia:

  • Dijana enjin petrol 3-silinder 12-injap sebaris 998cc berkuasa 67hp @5,000rpm dan 90Nm @ 3,500rpm dengan pilihan transmisi automatik 5-kelajuan dan manual 5-kelajuan.
  • Brek cakera di depan dan brek dram di belakang.
  • Ada enam ppilihan warna: Sizzle Orange (jingga), Solid Fire Red (merah), Pearl Starry Blue (biru), Granite Gray Metallic (kelabu), Silky Silver Metallic (perak) dan White (putih)
  • Sistem suspen strut MacPherson (depan) dan torsion beam (belakang)

  • Dimensi panjang 3565mm, lebar 1520mm dan tinggi 1565mm
  • Rim aloi 14 inci dengan tayar 165/70R
  • Kapasiti tangki petrol 27 liter, berat 1,170kg

  • Dilengkapi ciri 2 beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), imobilizer, tali keledar 3-poin ELR dengan prategang dan pengehad daya di depan dan belakang, sensor parkir belakang.
  • 4 kerusi, lampu utama halogen, penyaman udara manual.
  • Turut dilngekapi pemadam api.
  • Harga 155 juta rupiah (RM47,070) untuk manual, dan 164 juta rupiah (RM49,810)  untuk automatik.

BACA >>> Suzuki Indonesia Lancar Skuter Hendal Bogel NEX Crossover (2020), Harga RM5.2k
BACA >>> Keicar Elektrik Nissan Sakura (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.5k

city car Crossover Keicar Keicar Kereta Bandar Roda4 Suzuki Indomobil Sales (SIS) Suzuki S-Presso (2022)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.