• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Keicar Elektrik Nissan Sakura (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.5k

Keicar Elektrik Nissan Sakura (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.5k

June 20, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JEPUN ialah negara dipenuhi banyak kereta mini (dipanggil keicar) yang comel dan praktikal. Pada era elektrifikasi masa kini, tidak lama untuk pengeluar menawarkan keicar elektrik sebagai alternatif kepada enjin 660cc aspirasi natural (NA) dan turbo.

Sebelum ini pun pengguna sudah ditawarkan dengan Mitsubishi i-MiEV. Terbaharu, Nissan memperkenalkan keicar elektrik, Sakura (2023) dan jualan bakal bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi.

BACA >>> Honda S660 Modulo X Version Z Sempena Tribut Model Akhir Keicar Sport

Membuatkan Sakura menarik ialah harga ditawarkan bermula 2,333,100 yen (RM80,540), yang juga bermakna model itu termasuk dalam senarai EV mampu milik dihasilkan pengeluar ternama. Sebagai keicar dengan bumbung tinggi, Sakura mempunyai kelebihan dari segi praktikaliti dan Nissan mendakwa ia memiliki pengendalian baik dan radius putaran hanya 4.8 meter.

Seperkara lagi, Sakura sesuai untuk kegunaan harian seperti ke tempat kerja, membeli barangan dan sebagainya. Berikut ciri dimiliki Sakura (2023):

Trenkuasa
  • Bateri lithium-ion 20kWh.
  • Kuasa 47kW dan tork 195Nm.
  • Jarak pandu hingga 180km (mengikut kitaran kenderaan ringan sedunia, WLTC).
  • Pacuan dua roda (2WD).
Pengecasan
  • Standard 8 jam (hingga 100 peratus).
  • Pengecasan pantas 40 minit (hingga 80 peratus).
  • Bateri boleh digunakan sebagai punca kuasa elektrik ketika kecemasan dan membekalkan tenaga untuk rumah hingga seharian mengikut penggunaan 12kW sehari.
Luaran dan Dalaman

  • 15 pilihan warna luaran, dan tiga warna dalaman.
  • Rekabentuk rim daripada ikatan Mizuhiki yang biasa digunakan pada sampul surat hadiah atau bungkusan.
  • Port pengecasan di belakang kanan menyala apabila penutup dibuka.
  • Kluster instrumen Advanced Drive Assist Display 7 inci dan skrin unit infotainment 9 inci.
  • Pemegang cawan direka supaya tidak bergoyang.
Dimensi
  • Panjang 3,395mm, lebar 1,475mm, dan tinggi 1,655mm.
  • Jarak roda 2,495mm.
  • Berat 1,070-1,080kg.
  • Kapasiti but 107 liter.
  • 4 penumpang.
Pemanduan
  • Tiga mod: Eco, Standard dan Sport.
  • Pedal jenis e-Pedal Step untuk nyah pecut atau memperlahankan kereta dan mengaktifkan fungsi brek regeneratif.
Teknologi Bantuan Pemanduan
  • ProPILOT dan ProPILOT Park (mengikut varian).
  • ProPILOT Park mengawal stereng, pecutan, brek dan brek parkir secara automatik ketika proses parkir.
Varian dan Harga
  • Sakura S - 2,333,100 yen (RM80,540)
  • Sakura X - 2,399,100 yen (RM82,820)
  • Sakura G - 2,940,300 yen (RM101,500)

Berdasarkan kemampuan jarak pandu hingga 180km, Sakura sesuai untuk pemanduan harian. Ia dibuat mengikut gaya hidup pengguna di Jepun dan juga berpotensi untuk dipasarkan di negara lain.

Idea yang boleh diguna ialah pengguna kekal dengan kereta enjin pembakaran dalaman atau hibrid, manakala keicar EV boleh dijadikan kenderaan kedua.

BACA >>> Nissan LEAF Autech (2022), EV Sporty Mewah pada Harga Mula RM135k
BACA >>> Harga Nissan Fairlady Z (2022) JDM Diumum, Paling Murah RM177k

Nissan Sakura.01
Nissan Sakura.02
Nissan Sakura.03
Nissan Sakura.04
Nissan Sakura.05
Nissan Sakura.06
Nissan Sakura.07
Nissan Sakura.08
Nissan Sakura.09
Nissan Sakura.10
Nissan Sakura.11
Nissan Sakura.12
Nissan Sakura.13
Nissan Sakura.14
Nissan Sakura.15
Nissan Sakura.16

Artikel Berkaitan

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, EV, Keicar, Keicar Elektrik, Kenderaan Elektrik (EV), Nissan, Nissan Sakura, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my