• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda S660 Modulo X Version Z Sempena Tribut Model Akhir Keicar Sport

Honda S660 Modulo X Version Z Sempena Tribut Model Akhir Keicar Sport

March 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

125
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Motor Co Ltd di Jepun mengumumkan menamatkan penghasilan model kei car sport, S 660 bermula Mac 2022 dengan melancarkan varian istimewa edisi selamat tinggal, S660 Modulo X Version Z.

Pengeluar Jepun itu membangunkan S660 sebagai model pengganti Honda Beat pada April 2015 dan sejak itu kei car sport tersebut mencatatkan jualan lebih 30,000 unit.

BACA >>> Inilah 10 Kereta Sport Klasik Jepun Terpantas 70-an

S660 Modulo X Version Z cuma dijual sebagai model domestik Jepun (JDM) yang bermakna cuma dijual di pasaran Negara Mataharin Terbit itu. Satu-satunya cara membawa masuk model edisi khas ini ke Malaysia adalah menerusi pihak ketiga.

Berikut spesifikasi model kompak itu:

  • Trenkuasa kekal sama, dijana enjin 3-silinder 660cc turbo berkuasa 63hp @ 6,000rpm dan tork 104Nm @ 2,600rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan dalam pacuan roda belakang (RWD). Model ini (S660) sendiri dinamakan mengikut kapasiti enjin.
  • Dipasangkan spoiler depan lebih sporty, dengan sistem ekzos di tengah bampar belakang dan saiz rim aluminium 15 inci pada roda depan dan 16 inci di belakang, manakala sistem suspensi sport jenis boleh laras 5-tetapan.
  • Ada dua warna pilihan: Sonic Grey Pearl (kelabu), dan Premium Star White Pearl (putih) dengan bumbung softtop buka-tutup warna merah.

  • Ruang kabin didominasi kemasan dwi-tona pada papan pemuka, karpet lantai dan kerusi dengan material sued kelabu dan kulit sintetik Bordeaux Red sulaman benang kelabu. Trim gentian fiber ditampal pada kluster instrumen, konsol tengah dan ventilator penyaman udara.
  • Semua lencana depan, dan belakang termasuk spoiler belakang dihitamkan, manakala rim dicat hitam Stealth.

  • Ada plat khas ditampalkan dalam kabin dekat konsol tengah yang menandakan model ialah varian Version Z.
  • Harga asas model edisi khas ini ialah 3,150,400 yen (RM118,940). Tiada maklumat didedahkan mengenai jumlah unit dihasilkan.

BACA >>> Perodua Ativa (2021) Tidak Guna Tayar SUV, Ini Sebabnya

Honda-S660-13
Honda-S660-12
Honda-S660-10
Honda-S660-9
Honda-S660-5
Honda-S660-3
Honda-S660-4
Honda-S660-2
Honda-S660-6
Honda-S660-8
Honda-S660-7
Honda-S660-11

SUMBER: Honda | CarScoops

Artikel Berkaitan

125
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda Kei Car, Honda S660 (2021), Keicar, Pengganti Honda Beat, Roda4, S660 Modulo X Version Z, Siri Modulo X (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my