• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Ativa (2021) Tidak Guna Tayar SUV, Ini Sebabnya

Perodua Ativa (2021) Tidak Guna Tayar SUV, Ini Sebabnya

March 11, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN semua model kenderaan utiliti sukan (SUV) dipasangkan tayar khas untuk SUV. Contoh terbaharu ialah Perodua Ativa (2021) yang baru dilancarkan minggu lalu.

Menurut spesifikasi, Ativa didatangkan dalam dua saiz rim mengikut varian daripada jenis tayar kereta biasa seperti berikut:

Bridgestone Turanza T005A
Goodyear Assurance Triplemax 2
  • Varian X: 16 inci, tayar Goodyear Assurance Triplemax 2, 205/65
  • Varian H dan AV: 17 inci, tayar Bridgestone Turanza T005A,  205/60

Sebagai contoh, ukuran lebar dan tinggi tayar (205/60) ini pernah digunakan pada Proton Inspira, Mazda 3 CKD (varian pertengahan) dan Ford Focus Titanium (sedan). Begitu juga model Suzuki SX4.

Ada beberapa sebab Perodua memilih memasangkan tayar kereta biasa pada Ativa dan bukan tayar SUV sebenar seperti digunakan Proton X50 atau Honda HR-V:

  • Tayar itu menepati karakter Ativa sebagai SUV kompak yang menumpukan kepada pemanduan dalam kawasan bandar dan bukan off-road dengan permukaan jalan mencabar atau tidak berturap.
  • Mengambil kira aspek kepenggunaan. Antaranya, saiz tayar diberikan itu lebih mudah diperoleh di pasaran, ada banyak pilihan jenama dan harga pula tidak terlalu membebankan.
  • Sistem pacuan Ativa jenis dua roda (2WD) dan bukan konfigurasi empat roda (4WD) seperti trak pikap. Malah, saiznya cuma besar sedikit berbanding Myvi.
  • Faktor berat kenderaan turut mempengaruhi penggunaan tayar. Ativa memiliki berat 1,020 hingga 1,035kg, cuma berat sedikit berbanding Myvi, 985kg hingga 1,015kg (varian 1.5L AV).

Berdasarkan tinjauan kami, anggaran harga tayar Ativa dalam julat RM350 hingga RM500 (boleh tahan...). Bagaimanapun, harga asal tidak didedahkan Perodua.

BACA >>> Perbandingan: Kereta Apa Lagi Boleh Beli dengan Harga Perodua Ativa AV, RM72k?
BACA >>> Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: autotainment, Bridgestone Turanza T005A, Goodyear Assurance Triplemax 2, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Perodua, Perodua Ativa, Perodua Ativa (2021), SUV, Tayar Perodua Ativa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my