MODEL kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B paling popular di Malaysia, Proton X50 2026 Serba Baharu kini tampil dengan kemas kini menyeluruh.
Ada tiga varian ditawarkan: Executive, Premium, danFlagship, dengan masing-masing hadir dengan ciri tersendiri yang cukup kompetitif dalam kelas.
Berikut perincian penuh setiap varian untuk membantu anda memilih varian mana paling berbaloi!
Proton X50 2026 - Executive
i. Enjin dan Prestasi
- Enjin 1.5L turbo i-GT (1.5TD)
- Mod pemanduan adaptif (adaptive driving mode)
- Transmisi dwi-klac 7-kelajuan
ii. Luaran
- Gril depan baharu
- Rim aloi 17 inci
- Lampu LED penuh dengan bar lampu belakang (full LED + rear light bar)
- Cermin sisi warna badan
- Lampu nyalaan siang (DRL)
- Wiper automatik dengan sensor hujan
iii. Dalaman
- Unit infotainmen 14.6 inci
- Kluster instrumen digital 8.0 inci
- Sokongan Android Auto dan Apple CarPlay
- Butang tekan mula (push start)
- Stereng teleskopik
- Penyaman udara dengan penapis kabin N95
- Penghidup tanpa kunci (keyless)
- Kemasan kabin jenis soft-touch
iv. Ciri Keselamatan
- Bantuan Tukan Lorong (LCA)
- Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- Amaran Buka Pintu (DOW)
- Kunci Automatik Ketika Beredar (walk away auto lock)
- 6 beg udara
- Kamera undur
Proton X50 2026 - Premium
(Tambahan kepada semua ciri dalam varian Executive)
i. Luaran
- Rim aloi 18 inci rekaan baharu
- Kaliper brek merah
- Rel bumbung (roof rails)
- Lampu aluan (front welcome lamps)
ii. Dalaman
- Lampu ambien 72 warna
- Kerusi kulit
- Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan
iii. Ciri Keselamatan
- Kamera 360 definisi tinggi (HD) dengan paparan pandangan keliling
- Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
- Bantuan Lebuhraya (HWA) yang terdiri daripada
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan ciri Henti & Gerak (Stop & Go)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Bantuan Keluar Lorong (LDW)
- Bantuan Pemusatan Lorong (LCA)
- Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
- Lampu Tinggi Pintar (IHB)
- Elak Perlanggaran Lorong (LCP)
- Amaran Titik Buta (BCW)
- Pengesan Titik Buta (BSD)
- Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
Proton X50 2026 - Flagship
(Tambahan kepada semua ciri dalam varian Premium)
i. Luaran
- Spoiler sporty
- Warna luaran dwi-tona
- Cermin sisi hitam kilat
ii. Dalaman
- Visor matahari semi lut sinar
- Pengecas wayarles
- Bumbung suria panoramik
- Warna dalaman dwi-tona
iii. Ciri Keselamatan
- Bantuan Parkir Automatik (APA)
Kesimpulan: Varian Mana Sesuai untuk Anda?
- Executive: Sesuai untuk pembeli pertama yang mahukan gaya dan keselamatan asas tanpa kompromi.
- Premium: Menawarkan ciri keselamatan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 lengkap.
- Flagship: Kepada mereka yang mahukan pakej paling lengkap dengan gaya premium, bumbung suria, pengecas wayarles dan sistem parkir automatik.
Leave a Reply