Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
Auto Terkini

Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

SyafieBy Syafie02/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Surau MADANI R&R Seremban - surau R&R pertama boleh solat Jumaat.
SURAU Madani di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi surau pertama di lebuh raya dalam negara yang mendapat kelulusan rasmi mendirikan solat Jumaat.

Pengisytiharan rasmi disempurnakan Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin dalam majlis khas yang berlangsung di lokasi tersebut, hari ini.

Inisiatif Kerjasam Pelbagai Pihak

Projek itu adalah hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sebagai pengendali lebuhcraya.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pelaksanaan surau tersebut adalah sebahagian usaha PLUS menyediakan kemudahan ibadah yang selesa dan inklusif kepada pengguna lebuh raya dan komuniti sekeliling.

Surau ini bukan saja memudahkan pengguna, tetapi juga memberi manfaat kepada pekerja R&R dan penduduk sekitar Labu dan Seremban.”

Rekabentuk Mesra Jemaah, Kapasiti 150 Orang

Surau MADANI R&R Seremban dibina dengan kapasiti menampung hingga 150 jemaah lelaki dalam satu masa. Ia dilengkapi ciri mesra pengguna seperti akses untuk warga emas dan golongan berkeperluan khas.

Sebagai persediaan solat Jumaat, surau itu dinaik taraf dengan pemasangan mimbar, mihrab, dan sistem pembesar suara. Malah, Jawatankuasa Kariah Penaja turut ditubuhkan, terdiri daripada 93 pemastautin tetap sekitar R&R.

Kelulusan Solat Jumaat Mula 4 Julai 2025

Dr Faudzinaim berkata, kebenaran mendirikan solat Jumaat diluluskan sebulat suara Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus mengikut Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Kebenaran itu berkuat kuasa bermula Jumaat ini, 4 Julai 2025, dan bersifat sementara hingga ada pembatalan rasmi dari pihak berkuasa agama negeri.

Solat Jumaat mesti didirikan secara berterusan. Surau ini tidak disunatkan untuk solat Tahiyyat al-Masjid atau beriktikaf.”

Pada masa sama, beliau menjelaskan jemaah di R&R Seremban yang mencukupi 40 orang atau lebih adalah wajib menunaikan solat Jumaat di sini.

Lebuh Raya Bukan Sekadar Laluan, Tapi Penghubung Ibadah

PLUS berharap inisiatif tersebut menjadi model kepada pembangunan kemudahan ibadah lain di lebuh raya seluruh negara. Langkah itu juga memperkukuh peranan lebuh raya bukan hanya sebagai penghubung destinasi, tetapi penghubung manusia kepada Pencipta.

Kesimpulan: Surau Lebuh Raya Kini Miliki Peranan Lebih Besar

Surau MADANI R&R Seremban bukan sekadar tempat persinggahan biasa, tetapi kini menjadi simbol kemudahan ibadah yang lebih inklusif dan progresif untuk pengguna lebuh raya moden.

Dengan kelulusan rasmi mendirikan solat Jumaat, ia membuka lembaran baharu dalam pembangunan infrastruktur Islamik di sepanjang laluan lebuh raya negara.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS Berhad R&R Seremban Surau Madani R&R Seremban
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.