Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Maruti Suzuki S-Presso Lancar di India, SUV Keicar Bawah RM30k
Auto Terkini

Maruti Suzuki S-Presso Lancar di India, SUV Keicar Bawah RM30k

Han OthmanBy Han Othman01/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MARUTI Suzuki semalam melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) S-Presso untuk pasaran India pada harga bermula Rs3,69,000 (RM21,840).

SUV mini itu dibina berasaskan platform generasi baharu yang dibangunkan Maruti Suzuki, Heartect dengan dimensi 3,565mm panjang. 1,520mm lebar dan 1,564mm / 1549mm tinggi, manakala jarak roda 2,380mm.

BACA >>> Maruti Suzuki Siar Video Acah SUV Mini Baharu S-Presso, Lancar 30 September Ini

Rupa depan S-Presso menampilkan gril slim dengan empat kluster segi empat krom, rim aloi 14 inci dan bampar depan dwi-tona. Dari belakang, model ini menampilkan lampu belakang kompak dan juga bampar dwi tona dengan reflektor.

Gaya kabin tampil unik dengan rekabentuk konsol bulat warna badan yang melingkari kluster instrumen digital dan unit infotainment skrin sentuh di tengah papan pemuka. Ciri audio S-Presso turut dilengkapkan dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Bagaimanapun, rekabentuk panel penyaman udara agak konvensional dalam bentuk butang laras, manakala stereng tiga jenis jejari dengan butang multifungsi.

S-Presso dikuasakan enjin petrol patuh BS-VI 3-silinder 998cc berkuasa 67hp @ 5,500rpm dan tork 90Nm @ 3,500Nm dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan dan automatik manual (AMT) 5-kelajuan. Kapasiti tangki kecil sahaja, cuma 27 liter.

BACA >>> Suzuki Hustler Tough Wild Edition – SUV Keicar untuk Pasaran Jepun Sahaja

SUV keicar ini turut dilengkapkan ciri keselamatan seperti dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), amaran tali keledar, sensor parkir undur, imobiliser, pelindung pejalan kaki dan sistem amaran halaju (SAS) dan lain-lain

SIstem suspensi depan menggunakan strut MacPherson dengan spring koil, manakala belakang jenis kilas rasuk aka torsion beam dengan spring koil. Sistem brek pula jenis cakera di depan dan dram di belakang.

BACA >>> MPV Premium Pertama Maruti Suzuki, XL6 Lancar di India, Harga Bermula RM57k

S-Presso ditawarkan dalam enam pilihan varian:

  • Standard – Rs3,69,000 (RM21,840)
  • LXi – Rs4,05,000 (RM23,970)
  • VXi – Rs4,24,500 (RM25,120)
  • VXI+ – Rs4,48,000 (RM26,520)
  • VXi AGS – Rs4,67,500 (RM27,680)
  • VXi+ AGS – Rs4,91,000 (RM29,072)
GALERI
India Keicar Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Maruti Suzuki Maruti Suzuki S-Presso Roda4 SUV Mini Suzuki
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ferrari Purosangue Handling Speciale, Pakej Khas Tajamkan Lagi Pengendalian

30/04/2026
PHEV

#AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

29/04/2026
PHEV

#AutoChina2026: Jetour T2 di China Ada Versi Hibrid, Bakal Masuk Malaysia?

29/04/2026
Auto Terkini

Jacar Lancar Di Malaysia – Platform Penjagaan Kereta Telus, Tiada Caj Tersembunyi

29/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
MV Agusta F3 R 2026
Roda2

MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

By Abang Hirata22/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.