Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam20/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Morbidelli F252 2026

MODEL naked nike 250cc Malaysia kini ada pencabar baharu dengan kemunculan Morbidelli F252, yang tampil dengan gaya agresif serta pakej teknologi moden.

Dibawa masuk Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, model itu ditawarkan pada harga RM14,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Pilihan warna terdiri daripada Bulk Black (hitam) dan Tundra White (hitam), sesuai untuk penunggang yang mahukan gaya ringkas, tetapi garang.

Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026

Enjin 250cc Twin Berkuasa 33.5hp, Tork 20Nm

Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026

Morbidelli F252 dikuasakan enjin 2-silinder 8-injap 249.5cc DOHC penyejukan cecair, dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) menghasilkan output kuasa 25.0kW (33.5hp), dan tork 20Nm.

Kuasa disalurkan melalui transmisi klac manual 6-kelajuan dengan pacuan rantai, berserta ciri klac antigelincir (slipper clutch) untuk anjakan gear lebih lancar dan stabil.

Saiz Kompak, Sesuai Harian

Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026

Morbidelli F252 2026 dibina dalam saiz kompak dan mudah dikendali dengan dimensi panjang 1,980mm, dan jarak roda 1,375mm. Tinggi pelana 790mm, dan jarak tinggi bumi 160mm, manakala berat 170kg.

Tetapan itu menjadikan naked bike tersebut sesuai untuk kegunaan harian dan tunggangan santai hujung minggu.

Keseimbangan, Keselesaan

Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026

Sistem suspensi depan menggunakan fork terbalik (USD), dan monoshock Pro-Link boleh laras prabeban di belakang.

Sistem brek pula menggunakan brek cakera 300mm di depan dan brek cakera 240mm (belakang), yang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran untuk keselamatan tambahan.

Teknologi Moden: Panel Meter TFT, Kawalan Traksi

Walaupun dalam segmen mampu milik, Morbidelli F252 2026 hadir dengan ciri teknologi agak lengkap seperti:

  • Panel meter TFT 5 inci
  • Sistem Kawalan Traksi  (TCS)
  • ABS dwi-saluran
  • Tiga  mod tunggang: Standard, Sport, dan Expert

Ciri itu membolehkan penunggang menyesuaikan karakter motosikal mengikut gaya tunggangan dan kondisi jalan.

Konektiviti, Ciri Tambahan

Morbidelli F252 2026 turut menyokong sambungan moden seperti:

  • Bluetooth
  • Pencerminan skrin (screen mirroring) dan navigasi
  • Aplikasi Morbidelli
  • Port USB Type-A dan Type-C

Lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu belakang dan lampu signal belok.

Tangki 15 Liter, Praktikal untuk Harian

Kapasiti tangki bahan api 15 liter cukup untuk kegunaan harian dan juga jarak sederhana. Gabungan enjin 2-silinder dan ergonomik naked bike menjadikan model itu seimbang antara prestasi dan praktikaliti.

Harga Morbidelli F252 Malaysia

Morbidelli F252 2026 ditawarkan pada harga RM14,888, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Setiap pembelian turut disertakan waranti dua [2] tahun tanpa had perbatuan untuk ketenangan pembeli.

Secara keseluruhan, Morbidelli F252 2026 boleh dianggap pilihan menarik dalam segmen naked bike gaya streetfighter yang menampilkan rupa agresif, spesifikasi lengkap dan harga masih dalam zon mampu milik.

Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Morbidelli F252 2026
Auto Terkini Morbidelli F252 Morbidelli Motorcycle Motosikal Naked 250cc Naked motorcycle malaysia
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.