Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam20/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Keeway RKR250 2026

SEGMEN sportbike 250cc Malaysia kini ada pilihan baharu menerusi kehadiran Keeway RKR250 2026 yang tampil dengan pakej prestasi dan teknologi moden pada harga mampu milik.

Dibawa masuk Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd ke pasaran tempatan selepas diperkenalkan di China tahun lalu, sportbike itu ditawarkan pada harga RM13,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Pilihan warna tersedia dalam Night Black (hitam) dan Flame Red (merah).

Keeway RKR250 2026
Keeway RKR250 2026

Enjin 250cc Twin

Keeway RKR250 2026 dikuasakan enjin 4-lejang 8-injap 2-silinder 249.3cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) yang menghasilkan output kuasa 23.5kW (31.5hp), dan tork 22.5Nm.

Kuasa dihantar melalui transmisi klac manual 6-kelajuan dalam pacuan rantai berserta klac antigelicir (slipper clutch) yang memberikan karakter enjin lebih responsif pada rev tinggi, sesuai untuk gaya tunggangan sporty.

Ringan, Lincah

Dengan berat hanya 130kg, Keeway RKR250 2026 jelas dibina untuk pengendalian mudah dan lincah dengan dimensi panjang 1,980mm, dan jarak roda 1,380mm. Tinggi pelana cuma  770mm, manakala jarak tinggi bumi 148mm.

Gabungan itu menjadikan motosikal tersebut sesuai untuk penunggang baru dan juga mereka yang mahukan sportbike ringan untuk kegunaan harian.

Suspensi, Brek

Keeway RKR250 2026
Keeway RKR250 2026

Bahagian depan menggunakan fork teleskopik dengan jarak travel 100mm, manakala belakang dipadankan monoshock boleh laras.

Sistem brek menggunakan brek cakera 320mm dengan kaliper 4-piston (depam) dan brek cakera 240mm dengan kaliper piston tunggal (belakang), serta lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi- saluran yang boleh dinyah aktif.

Teknologi Lengkap dalam Kelas

Sebagai model bawah RM14,000, Keeway RKR250 2026 didatangkan dengan ciri agak lengkap, seperti:

  • Penal meter TFT 5 inci
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS) boleh nyah aktif
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Port USB Type-A dan Type-C
  • Lampu LED penuh pada lampu depan, lampu belakang dan lampu signal belok.

Konektiviti, Ciri Moden

Keeway RKR250 2026 turut menyokong sambungan Bluetooth untuk fungsi seperti notifikasi panggilan telefon pintar, navigasi, dan paparan skrin.

Selain itu, sportbike itu boleh disepadu menerusi aplikasi  Carbit Ride untuk pengalaman tunggangan lebih terhubung.

Kapasiti Tangki 12 Liter, Sesuai Tunggangan Harian

Kapasiti tangki bahan api 12 liter, cukup untuk kegunaan harian dan tunggangan hujung minggu.

Gabungan berat ringan dan enjin 2-silinder menjadikan model itu antara pilihan menarik dalam segmen sportbike aras mula.

Harga Keeway RKR250 2026 Malaysia

Keeway RKR250 2026
Keeway RKR250 2026

Keeway RKR250 ditawarkan pada harga RM13,888, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Setiap pembelian didatangkan dengan waranti dua [2] tahun atau 20,000km, mana satu tiba dahulu.

Secara keseluruhan, Keeway RKR250 2026 nampak seperti pakej lengkap untuk mereka yang mahukan sportbike 250cc dengan rupa agresif, teknologi moden dan harga yang sukar ditandingi dalam kelas.

Keeway RKR250 2026
Keeway RKR250 2026
Keeway RKR250 2026
Keeway RKR250 2026
Keeway RKR250 2026
Keeway RKR250 2026
Keeway RKR250 2026
Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd Keeway Motorcycle Keeway RKR250 Keeway RKR250 2026 MForce Bike Holding Sdn Bhd roda2 sportbike 250cc
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.