Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888
Roda2

Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam20/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEGMEN adventure ringan bawah 300cc kini ada pemain baharu apabila Morbidelli T252X rasmi ditawarkan di Malaysia.

Dibawa masuk oleh Mforce Bike Holdings, model ini hadir sebagai pilihan untuk penunggang yang mahukan motosikal kembara ringan tetapi lengkap dari segi spesifikasi dan teknologi. Harga ditetapkan pada RM16,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Enjin 250cc Twin-Cylinder

Morbidelli T252X dikuasakan enjin 249.5cc dua silinder DOHC 8-injap, yang menghasilkan 25.0 kW, bersamaan kira-kira 33.5 HP, bersama 20 Nm tork.

Kuasa disalurkan melalui transmisi 6-kelajuan dengan pacuan rantai, memberikan penghantaran kuasa yang lancar dan responsif untuk kegunaan harian serta touring ringan. Enjin ini turut dilengkapi sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api EFI bagi memastikan prestasi konsisten dalam pelbagai keadaan cuaca.

Tangki 18L, Sesuai Untuk Touring

Salah satu kelebihan utama model ini ialah tangki bahan api berkapasiti 18 liter, yang cukup besar untuk kategori 250cc.

Ini menjadikan T252X sesuai untuk perjalanan jarak jauh tanpa perlu kerap berhenti isi minyak, satu kelebihan untuk kaki travel.

Suspensi, Brek Seimbang

Dari segi casis, T252X menggunakan fork USD di bahagian hadapan dan monoshock belakang jenis Pro-Link.
Setup ini memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan, sama ada untuk jalan berturap atau laluan tidak rata.

Untuk sistem brek, motosikal ini dilengkapi cakera 300 mm depan (4-piston) dan 240 mm belakang (1-piston).

Rim Sesuai On-Road, Off-Road Ringan

T252X menggunakan tayar Pirelli dengan saiz 19 inci depan dan 17 inci belakang, konfigurasi tipikal untuk motosikal adventure.

Dimensi keseluruhan pula:

  • Panjang: 2,120 mm
  • Jarak roda: 1,405 mm
  • Tinggi tempat duduk: 820 mm
  • Kelegaan tanah: 180 mm
  • Berat: 180 kg

Setup ini menjadikan motosikal ini mudah dikawal, sesuai untuk beginner dalam segmen adventure.

Teknologi Lengkap – TFT, TCS, Ride Modes

Dari segi teknologi, T252X hadir dengan pakej yang agak lengkap untuk kelasnya.

Antara ciri utama termasuk:

  • Paparan TFT 7 inci (menegak)
  • ABS dua saluran
  • Traction Control (TCS)
  • 3 mod tunggangan: Standard, Sport, Off-Road

Setiap mod menawarkan setting berbeza, termasuk konfigurasi TCS dan ABS untuk situasi tunggangan berbeza.

Connectivity & Ciri Premium

Model ini turut menyokong ciri moden seperti:

  • Bluetooth connectivity
  • Navigasi & paparan skrin
  • TPMS (monitor tekanan tayar)
  • USB Type-A & Type-C

Selain itu, turut disertakan cermin angin boleh laras, crash bar, handguard dan sistem kotak simpanan lengkap.

Set Box,Perlindungan

Untuk kegunaan travel, T252X hadir dengan:

  • Dua side box
  • Satu top box

Gabungan ini memberikan ruang simpanan mencukupi untuk perjalanan jauh atau kegunaan harian. Setiap pembelian turut didatangkan dengan waranti dua tahun tanpa had perbatuan, menjadikannya antara pakej paling menarik dalam segmen adventure 250cc.

Morbidelli Morbidelli T252X Motosikal Adventure motosikal adventure crossover touring bike
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.