Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ferrari Purosangue Handling Speciale, Pakej Khas Tajamkan Lagi Pengendalian
Auto Terkini

Ferrari Purosangue Handling Speciale, Pakej Khas Tajamkan Lagi Pengendalian

Abang HirataBy Abang Hirata30/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

FERRARI memperkenalkan konfigurasi baharu dan eksklusif untuk Purosangue melalui pakej Handling Speciale yang tersedia atas permintaan.

Pakej itu dibangunkan khusus untuk memperhebatkan lagi karakter sport pada model empat pintu dan empat penumpang pertama dalam sejarah jenama Maranello ini.

Konfigurasi ini menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih tajam melalui penambahbaikan respons mekanikal dan elektronik tanpa menjejaskan versatiliti harian.

Trenkuasa V12 Aspirasi Semula Jadi

Ferrari Purosangue menggunakan enjin V12 aspirasi semula jadi yang dipasang pada kedudukan depan tengah.

Enjin berkapasiti 6,496 cc menggunakan sistem takungan kering (dry sump) dan susunan 65 darjah bagi memastikan pusat graviti rendah serta bekalan minyak yang optimum semasa pemanduan agresif.

Kuasa yang dihamburkan mencecah 735 ps dan tork 716 Nm dan pemandu turut menikmati kotak gear 8 kelajuan dua klac F1 DCT yang dipasang di bahagian belakang untuk agihan berat yang seimbang.

Dinamik Pemanduan dan Suspensi Aktif

Fokus utama diberikan kepada kalibrasi sistem suspensi aktif Ferrari yang bertujuan meminimumkan pergerakan badan kenderaan.

Konfigurasi baharu melibatkan semakan semula beberapa elemen utama respons dinamik secara signifikan, termasuk kalibrasi suspensi aktif, yang direka untuk mengurangkan pergerakan badan sebanyak 10 peratus dan memberikan rasa pemanduan yang jauh lebih mantap.

Strategi Penukaran Gear dan Bunyi Enjin

Sistem transmisi turut menerima kemas kini melalui strategi penukaran gear yang lebih pantas dan cekap, terutamanya apabila pemandu memilih mod Race atau ESC-Off pada suis Manettino.

Dalam mod manual, penukaran gear menjadi lebih sport pada kelajuan enjin sederhana ke tinggi iaitu melebihi 5,500 rpm.

Selain itu, bunyi enjin V12 di dalam kabin telah dioptimumkan melalui tetapan khas supaya lebih menyerlah semasa enjin dihidupkan dan ketika pecutan.

Elemen Gaya Eksklusif dan Penyelenggaraan

Dari aspek penampilan, model ini menampilkan rim dengan reka bentuk khusus serta kemasan diamond-cut baharu, pelindung sisi gentian karbon, muncung ekzos berwarna hitam kusam dan lambang Prancing Horse belakang berwarna hitam.

Ferrari turut menyediakan program penyelenggaraan Genuine Maintenance selama tujuh tahun yang merangkumi semua penyelenggaraan berkala setiap 20,000 km atau setahun sekali tanpa had perbatuan.

Spesifikasi Teknikal dan Prestasi Ferrari Purosangue Handling Speciale 

Trenkuasa

  • Jenis enjin: 6,496 cc V12, 65 darjah, takungan kering
  • Kuasa maksimum: 735 ps@7,750 rpm
  • Tork maksimum: 716 Nm@3,000 hingga 5,750 rpm
  • Rev maksimum: 8,250 rpm
  • Output kuasa spesifik: 113 ps/l
  • Transmisi: 8 kelajuan dua sisi klac F1 DCT

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: Melebihi 310 km/j
  • Pecutan 0 ke 100 km/j: 3.3 saat
  • Pecutan 0 ke 200 km/j: 10.6 saat
  • Jarak berhenti 100 ke 0 km/j: 32.8 meter
  • Jarak berhenti 200 ke 0 km/j: 129.0 meter
  • Penggunaan bahan api: 17.3 l/100 km

Dimensi dan Elektronik

  • Panjang: 4,973 mm Jarak lebar: 2,028 mm Jarak tinggi: 1,589 mm Jarak roda: 3,018 mm
  • Berat kering: 2,033 kg
  • Agihan berat: 49 peratus depan dan 51 peratus belakang
  • Kapasiti tangki bahan api: 100 liter
  • Kapasiti but: 473 liter
  • Tayar depan: 255/35 R22 J9.0
  • Tayar belakang: 315/30 R23 J11.0
  • Brek depan: 398 x 38 mm
  • Brek belakang: 380 x 34 mm
  • Kawalan elektronik: SSC 8.0: 4RM-S evo, Ferrari active suspension system, F1-Trac, ABS Evo dengan Grip Estimation 2.0, ECS
Ferrari Ferrari Purosangue Ferrari Purosangue Handling Speciale
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.