• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MPV Premium Pertama Maruti Suzuki, XL6 Lancar di India, Harga Bermula RM57k

MPV Premium Pertama Maruti Suzuki, XL6 Lancar di India, Harga Bermula RM57k

August 21, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR kenderaan terbesar India, Maruti Suzuki India memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) premium pertama, Maruti XL6 yang akan dijual secara eksklusif menerusi wakil jualan Nexa.

Sebagai model yang lebih premium berbanding Ertiga, XL6 tampi dengan pakej aksesori bampar baharu dan plat skid, gril tinggi dan lampu utama LED, kemasan plastik hitam, rim aloi hitam dan lampu belakang LED.

BACA >>> Jualan MPV Indonesia November 2018, Avanza Laris Semula, Wuling Confero Masuk Carta

Ruang kabin Maruti XL6 menawarkan kemasan hitam dengan aksen perak untuk aura premium. Konfigurasi kerusi 2+2+2 didatangkan dengan kerusi kapten di barisan tempat duduk kedua dan kerusi belakang boleh lipat penuh.

Konsol tengah menempatkan unit infotainment skrin sentuh SmartPlay Studio dengan ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto. Trenkuasa dijana enjin petrol 1.5L berkuasa 102hp dan tork 138Nm dengan teknologi Hibrid Pintar Progresif (Progressive Smart Hybrid, PSH), bersama dua pilihan transmisi: manual 6-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

BACA >>> Maruti XL6 (Ertiga Cross) Tawar Dua Varian di India, Lancar Ogos Ini

Maruti XL6 menawarkan enam pilihan warna untuk empat varian berbeza:

  • Zeta MT - ₹9,79,689 (RM57,270)
  • Alpha MT - ₹10,36,189 (RM60,580)
  • Zeta AT - ₹10,89,689 (RM63,700)
  • Alpha AT - ₹11,46,189 (RM67,010)
GALERI

SUMBER: IndianAutosBlog

Artikel Berkaitan

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Maruti, Maruti Suzuki, Maruti Suzuki India Ltd, Maruti Suzuki XL6, Maruti XL6, MPV, MPV Mewah, MPV Premium, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my