Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
Roda4

Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!

SyafieBy Syafie01/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton X50 2026 Serba Baharu
PROTON secara rasmi memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B terlaris jenama itu, Proton X50 2026 Serba Baharu kepada media tempatan baru-baru ini sebelum pelancaran rasmi dalam masa terdekat.

Dengan lebih 134,000 unit terjual sejak 2020, model itu kekal sebagai peneraju jualan SUV segmen-B tempatan selama lima tahun berturut-turut.

Model baharu ini hadir dalam penampilan lebih moden, prestasi lebih berkuasa, dan ciri konektiviti terkini seperti sistem pengecaman suara (VR) dalam Bahasa Melayu, pertama seumpanya dalam industri automotif tempatan.

Tiga Varian, Rekabentuk Baharu Serba Sporty

Proton X50 2026 Serba Baharu
Proton X50 2026 Serba Baharu

Proton x50 2026 ditawarkan dalam tiga pilihan varian, iaitu Executive, Premium, dan Flagship dengan rekabentuk luaran kini tampil lebih segar:

  • Gril dan bampar depan serba baharu
  • Spoiler belakang sporty
  • Empat corong ekzos
  • Skema warna dwi-tona
  • Rim aloi baharu bertekstur

Ruang kabin menerima naik taraf menyeluruh dengan sentuhan premium seperti material lembut, unit infotainment jenis apung, pedal gear kolum kereta mewah, dan lampu ambien 72 warna boleh laras ikut irama muzik.

Ada lima warna ditawarkan seperti Snow White, Passion Red, Jet Grey, Armour Silver dan pilihan baharu Teal Bayou Green.

Lebih Pintar dengan Paparan 14.6 Inci dan VR Bahasa Melayu

Proton X50 2026 Serba Baharu

Tarikan utama Proton X50 2026 ialah sistem infotainmen 14.6 inci yang kini disertakan bersama konektiviti Apple Carplay dan Android Auto, termasuk sokongan arahan suara dalam Bahasa Melayu, satu revolusi dalam integrasi teknologi tempatan.

Aplikasi Proton Link 2.0 turut ditambah baik dengan fungsi seperti:

  • Penghidup enjin dan penyaman udara jarak jauh
  • Notifikasi status kenderaan masa nyata
  • Tempahan servis terus dari telefon pintar

ADAS Tahap 2 dan Ciri Keselamatan Termaju

Proton X50 2026 Serba Baharu
Proton X50 2026 Serba Baharu

Aspek keselamatan Proton X50 2026 tampil dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2 yang kini dilengkapi:

  • Sistem Radar Sisi Belakang (RSRS)
  • Bantuan Parkir Automatik (APA) versi baharu
  • Kamera 360 definisi tinggi (HD) dengan paparan bawah kenderaan 180º
  • Pedal gear kolum (column shifter) ilham kereta mewah

SUV tersebut mengekalkan rating 5 bintang Asean NCAP yang membuktikan komitmen Proton terhadap keselamatan penumpang.

Prestasi Dipertingkat: 0-100kmj Sepantas 7.6 Saat

Proton X50 2026 Serba Baharu
Proton X50 2026 Serba Baharu

Di bawah bonet, Proton X50 2026 dikuasakan enjin 1.5L Turbo i-GT (1.5TD) yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dengan ouput kuasa tersebut:

  • Kuasa 133kW (sekitar 181ps)
  • Tork 290Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 7.6 saat
  • Penjimatan bahan api meningkat 4.7 peratus berbanding versi terdahulu

Proton X50 2026: SUV Segmen-B Paling Lengkap?

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Zhang Qiang berkata;

Sebagai model SUV terlaris kami, Proton X50 baharu ini menandakan lonjakan ke depan.

“Dengan teknologi lebih pintar, kuasa lebih mantap, dan gaya lebih berani, kami yakin mampu menarik perhatian dari pelbagai segmen – dari profesional muda, keluarga kecil hingga pembeli kali pertama.”

Daftar Minat dan Ikuti Kemas Kini

Maklumat lanjut mengenai Proton X50 2026 Serba Baharu boleh layari laman web rasmi www.proton.com atau ikuti Proton Cars Offical di semua platform media sosial untuk promosi dan aktiviti terkini.

Proton X50 2026 Serba Baharu
Proton X50 2026 Serba Baharu
Proton X50 2026 Serba Baharu
Proton X50 2026 Serba Baharu
Proton X50 2026 Serba Baharu
Proton X50 2026 Serba Baharu
Proton X50 2026 Serba Baharu
Proton X50 2026 Serba Baharu
Proton X50 2026 Serba Baharu
Proton X50 2026 Serba Baharu
Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton PROTON Cars PROTON Holdings Berhad Proton X50 2025 Roda4 SUV segmen-B
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.