Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jacar Lancar Di Malaysia – Platform Penjagaan Kereta Telus, Tiada Caj Tersembunyi
Auto Terkini

Jacar Lancar Di Malaysia – Platform Penjagaan Kereta Telus, Tiada Caj Tersembunyi

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam29/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PLATFORM penjagaan kenderaan baharu, Jacar, rasmi dilancarkan dengan misi mengubah cara pemilik kereta mendapatkan servis di Malaysia, dengan fokus kepada ketelusan harga, akauntabiliti kerja dan pengalaman pengguna yang lebih diyakini.

Pelancaran ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah. Acara ini menandakan satu anjakan penting dalam industri selepas jualan automotif tempatan yang selama ini sering dikaitkan dengan isu caj tersembunyi dan ketidakpastian kualiti kerja.

Model Tanpa Bengkel, Sambung Terus Jenama Global

Berbeza daripada model konvensional, Jacar tidak beroperasi sebagai bengkel tradisional, sebaliknya bertindak sebagai platform yang menghubungkan pengguna terus kepada jenama global yang disahkan.

Melalui aplikasi mudah alih, pelanggan boleh menempah servis, memilih jenama pilihan, memantau proses kerja secara langsung melalui CCTV, serta menerima rekod digital lengkap termasuk jaminan. Pendekatan ini dilihat sebagai usaha menamatkan isu “harga berubah-ubah” dan kerja tanpa pengesahan yang sering berlaku dalam industri.

Tiada Caj Tersembunyi, Semua Direkod

Jacar memperkenalkan konsep “apa yang anda lihat, itulah yang anda bayar”, dengan setiap servis ditawarkan pada harga tetap tanpa kos tersembunyi. Setiap kerja direkod secara digital, memberikan pemilik kenderaan bukti jelas terhadap servis yang dilakukan, satu elemen yang jarang ditawarkan dalam servis tradisional.

Selain itu, platform ini hanya menggunakan juruteknik yang diiktiraf oleh jenama masing-masing bagi memastikan standard kerja yang konsisten dan setara piawaian global.

Kolaborasi Jenama dan Pelan 100 Cawangan

Antara jenama yang terlibat dalam ekosistem Jacar termasuk pakar tint dan perlindungan cat, salutan seramik, detailing serta upholsteri tempatan.

Kolaborasi ini membolehkan pengguna mendapatkan akses terus kepada produk tulen tanpa melalui pihak ketiga, sekali gus membantu menawarkan harga lebih kompetitif. Setakat ini, Jacar telah beroperasi di Bandar Utama dan Bandar Sunway, dengan perancangan agresif untuk membuka sehingga 100 cawangan di seluruh Malaysia menjelang suku ketiga 2026.

Standard Baharu Industri Selepas Jualan?

Dengan gabungan ketelusan harga, rekod digital dan akses terus kepada jenama global, Jacar dilihat berpotensi menetapkan standard baharu dalam industri penjagaan kenderaan tempatan.

Jika model ini berjaya dikembangkan secara meluas, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah berpotensi mengubah landskap servis automotif di Malaysia ke arah yang lebih telus, profesional dan berorientasikan pelanggan.

Bandar Sunway Bandar Utama Jacar Jacar Malaysia Tiada Caj Tersembunyi Timbalan Menteri Ekonomi YB Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    25/06/2026
    Mazda Flair Crossover XS
    Auto Terkini

    Mazda Flair Crossover 2026 – Kembar Suzuki Hustler Kini Lebih Canggih

    25/06/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

    25/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.