Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi
Roda2

MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

Abang HirataBy Abang Hirata22/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MV Agusta F3 R 2026

MV AGUSTA mengumumkan harga strategik baharu MV Agusta F3 R 2026 sebagai penanda aras dalam kategori supersport.

Langkah itu diambil bagi menetapkan semula daya saing jenama tersebut dalam landskap sportbike kelas middleweight yang sedang berkembang pesat.

MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026

MV Agusta F3 R 2026 terus mengekalkan nilai teras MV Agusta, membabitkan rekabentuk Itali, warisan perlumbaan dan kejuruteraan tanpa kompromi.

Direka, dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya di Schiranna, Varese, Itali sebagai model yang menawarkan tahap kerja dan identiti jenama unik dalam kategori yang kini semakin tipikal.

Transformasi Pasaran, Harga Sebenar

MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026

Kategori supersport kini sedang melalui transformasi besar dalam tempoh lebih sedekad. Motosikal tradisional 4-silinder sebaris 600cc rev tinggi kini mula digantikan model generasi baharu sportbike kelas middleweight.

Model-model itu lebih mengutamakan hantaran kuasa yang mesra penunggang, lebih praktikal untuk kegunaan harian, dan ditawarkan pada harga permulaan lebih kompetitif.

MV Agusta F3 R 2026

Pengeluar kini beralih kepada taktik harga berbeza berbanding kos sebenar (headline pricing), yang mana model asas ditawarkan pada harga kompetitif, tetapi ciri utama seperti sistem elektronik canggih dan bantuan penunggang perlu dibayar melalui pakej pilihan atau sistem pengaktifan.

Bagaimanapun, MV Agusta mengambil pendekatan berbeza melalui F3 R apabila melaraskan harga kepada €16,000 (RM74,500) tanpa mengurangkan sebarang pakej asal.

Pada harga itu, MV Agusta F3 R 2026 memberikan tahap prestasi dan eksklusiviti yang menetapkan semula jangkaan pasaran, sekali gus menjadi antara tawaran paling menarik dalam kelas.

Trenkuasa 3-Silinder

Logo MV Agusta

Jantung kepada MV Agusta F3 R 2026 ialah enjin 3-silinder 798cc yang menghasilkan output kuasa 147ps dan mengekalkan karakter dengan tork yang tersedia serta-merta pada putaran rev rendah dan kuasa tinggi pada halaju tinggi selain patuh emisi Euro 5+.

MV Agusta F3 R 2026

Ciri teknikal utama adalah penggunaan aci engkol putar terbalik (counter-rotating crankshaft) yang berfungsi melawan kesan giroskopik roda depan bagi meningkatkan ketangkasan, ketepatan pengendalian dan kestabilan ketika memecut serta mengambil selekoh.

Dalam segmen yang kini dipenuhi pelbagai konfigurasi enjin lain, MV Agusta F3 R 2026 tetap setia dengan falsafah 3-silinder yang menggabungkan prestasi putaran tinggi, rekabentuk kompak dan bunyi enjin unik.

Casis, Rekabentuk dan Dinamik Tunggangan

MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026

MV Agusta F3 R 2026 menonjol dengan penggunaan swingarm tunggal ikonik yang menggabungkan fungsi kejuruteraan dengan rekabentuk estetik bagi meningkatkan gaya dan dinamik bahagian belakang.

Posisi tunggang model itu mencerminkan DNA supersport tulen melalui ergonomik agresif untuk kawalan maksimum, dan respons tepat atas jalan raya atau litar lumba.

Ini memastikan hubungan langsung antara penunggang dan jentera.

Elektronik Canggih, Ciri Penuh

MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026

Berbeza trend spesifikasi berasingan, MV Agusta F3 R 2026 dijual sebagai motosikal yang lengkap dengan segala aksesori standard.

Nadi utama sistem itu ialah platform unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi yang menguruskan empat mod tunggang: Rain, Sport, Race dan Custom.

Penunggang boleh melaras sensitiviti terotel, hantaran tork, brek enjin, respons enjin dan pengehad rev secara bebas. Sistem keselamatan dan bantuan tunggangan merangkumi:

  • Kawalan Traksi 8-tetapan (Rain, Road, Track)
  • Kawalan wheelie Front Lift Control (FLC)
  • Kawalan Luncur
  • ABS Belok dengan mod Sport dan Race
  • Mitigasi Roda Belakang Terangkat (RLM)
  • Kawalan Jelajah

Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) akan menyesuaikan tingkah laku mengikut mod dipilih bagi memastikan keselamatan maksimum atau fokus kepada prestasi.

MV Agusta F3 R 2026

MV Agusta F3 R 2026 juga dilengkapi panel meter TFT berwarna 5.5 inci yang disepadu dengan aplikasi MV Ride App untuk fungsi navigasi dan rakaman laluan terus dari telefon pintar.

Keselesaan dan kawalan dipertingkat dengan klac antigelincir (slipper) 9-cakera baharu dengan bantuan tork yang digabungkan bersama Quickshifter MV Agusta bagi memastikan anjakan gear lebih lancar dan mengurangkan beban pada tuas klac sebanyak 50 peratus berbanding generasi terdahulu.

Jentera Lengkap Tanpa Kompromi

MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026

MV Agusta F3 R 2026 ditawarkan sebagai sebuah supersport lengkap, yang semua sistem elektronik dan bantuan penunggang diaktifkan sepenuhnya sejak hari pertama.

Tiada sebarang yuran pengaktifan, pakej pilihan tambahan atau kos tersembunyi dikenakan untuk mengakses potensi penuh jentera tersebut.

Pendekatan itu memastikan setiap pemilik merasai motosikal seperti yang sudah dibangunkan jurutera kilang tanpa perlu menunggu atau membayar lebih.

Spesifikasi MV Agusta F3 R 2026

MV Agusta F3 R 2026

  • Enjin 4-lejang patuh emisi Eur05+  3-silinder 798cc dengan aci engkol putar terbalik
  • Output kuasa 147ps
  • Klac sliper 9-cakera dengan bantuan tork
  • Sistem elektronik IMU 6-paksi, 4 mod tunggangan (Rain, Sport, Race, Custom), Kawalan Traksi 8-tetapan
  • Panel meter TFT berwarna 5.5 inci dengan konektiviti MV Ride App
  • Sistem bantuan penunggang Quickshifter, Kawalan Luncur, kawalan wheelie Front Lift Control (FLC), ABS Belok, mitigasi roda belakang terangkat Rear Lift Mitigation ((RLM), Kawalan Jelajah
  • Ciri fizikal swingarm tunggal, pelana sport ergonomik
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta F3 R 2026
MV Agusta MV Agusta F3 R roda2 supersport
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.