
KEHADIRAN Jetour T2 di Malaysia sebelum ini memang mencetuskan fenomena tersendiri dengan lebih 4,000 tempahan dalam tempoh singkat.
Namun di pasaran China, model ini sebenarnya sudah melangkah lebih jauh dengan pengenalan Jetour T2 i-DM – varian hibrid plug-in (PHEV) yang lebih canggih, efisien dan berteknologi tinggi.
Sistem Hibrid Lebih Berkuasa, Jimat
Varian i-DM (intelligent Dual Mode) menggabungkan enjin 1.5L turbo dan dua motor elektrik dengan transmisi 3-kelajuan dedicated hybrid transmission (DHT) untuk menghasilkan:
- Output Kuasa Bateri: 165kW / 390Nm
- Enjin petrol sahaja: 154hp / 220Nm
Apa yang menarik, tangki minyak berkapasiti 70L dan penggunaan bahan api hanya sekitar 0.8L/100km (NEDC) – satu angka yang sangat rendah bagi SUV off-road.
Bateri jenis Lithium Iron Phosphate (LiFePO4) 26.7 kWj pula membolehkan:
- Jarak EV penuh: 139km
- Jarak EV dan minyak penuh: lebih 1000km
- Pengecasan pantas (DC) 30-80 peratus: 30 minit
- Pengecasan penuh (AC): 30-100 peratus: 6-8 jam (anggaran)
Tambahan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) menjadikan SUV ini sesuai untuk aktiviti luar seperti camping atau kecemasan.
Kabin Premium, Teknologi Terkini
Masuk ke ruang kabin, T2 i-DM tampil moden dan premium dengan:
- Skrin infotainmen 15.6 inci
- Meter digital 10.25 inci
- Sistem audio Sony 12 speaker + subwoofer
- Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
- Kawalan suara pintar
Dari segi keselesaan:
- Kerusi hadapan larasan elektrik dan fungsi ventilasi
- Susunan tempat duduk 2+3
- Penghawa dingin automatik dengan ventilasi belakang
Keselamatan, Pemanduan Lebih Pintar
SUV ini turut dilengkapi pelbagai sistem bantuan pemandu (ADAS):
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Lane Keeping Assist (LKA)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Autonomous Emergency Braking (AEB)
- Blind Spot Detection (BSD)
- Kamera 360 darjah
Dari segi pemanduan:
- Pacuan roda hadapan (FWD)
- Suspensi MacPherson (depan) dan multi-link (belakang)
- Mod pemanduan: Sport, Eco, Standard, Snow, EV dan HEV
Keupayaan off-road masih kekal:
- Ground clearance: 205mm
- Approach angle: 28 darjah
- Departure angle: 30 darjah
- Mampu meredah air setinggi 700mm
Rekaan Kekal Rugged, Maskulin
Dari luar, T2 i-DM masih mengekalkan identiti kotak dan lasak:
- Lampu LED matrix
- Rim aloi 20 inci
- Tailgate elektrik
- Bumbung panoramik
Dimensi:
- Panjang: 4,785 mm
- Lebar: 2,006 mm
- Tinggi: 1,875 mm
- Jarak roda: 2800mm
Pilihan Terbaik untuk Pasaran Malaysia
Jetour T2 i-DM membuktikan bahawa elektrifikasi tidak semestinya mengorbankan DNA off-road. Malah, ia tampil lebih efisien, lebih pintar dan masih kekal lasak.
Jika varian ini dibawa masuk ke Malaysia, ia berpotensi menjadi antara SUV PHEV paling menarik dalam pasaran – terutama bagi mereka yang mahukan gabungan gaya rugged, teknologi moden dan penjimatan bahan api.








































































